HUBUNGI HUDA SEKARANG UNTUK MEMBELI PRODUK SHAKLEE:011-18685991

Friday, January 10, 2014

5 Tip Syukuri Nikmat Sihat

Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera.

Bagi memulakan bicara tentang kesihatan dalam blog ini saya ingin berkongsi tentang kepentingan kesihatan dalam hidup kita terutamanya bagi umat Islam.




Ya, nikmat sihat yang Allah SWT kurniakan kepada kita memang tidak mampu kita hitung. Apatah lagi untuk balas.

Cuba bayangkan keadaan orang yang sedang terlantar di hospital mahupun di rumah kerana berada dalam keadaan sakit.


Mereka tidak boleh bekerja, bermain, keluar berjumpa rakan-rakan dan sebagainya. Sedang mereka juga mahu menjalani kehidupan sihat seperti mana kita. 


Meskipun sakit itu merupakan ujian dari Allah SWT, namun kita sebagai hamba wajib bersyukur dengan nikmat sihat yang Allah SWT berikan kepada kita.



Apa maksud syukur?


Syukur adalah perbuatan yang menunjukkan terima kasih dengan diiringi rasa gembira dan puas hati dengan nikmat kurniaan Allah SWT.


Sesetengah ulama menterjemahkan syukur itu adalah seseorang yang boleh merasakan sesuatu yang diterima sebagai nikmat yang memperkayakan hatinya.


Terdapat banyak cara bersyukur sebenarnya. Namun, secara umumnya ia boleh dikategorikan kepada 3 bahagiaan iaitu:

  1. Bersyukur melalui hati
  2. Bersyukur melalui lisan
  3. Bersyukur melalui perbuatan
Namun begitu, dalam entri ini kami ingin kongsikan dengan anda 5 Tip Syukuri Nikmat Sihat. Jom baca selanjutnya.


5 Tip Syukuri Nikmat Sihat



#1. Menjaga kesihatan - cara menjaga kesihatan yang berkesan adalah dengan mencontohi Rasulullah SAW. 

Secara ringkasnya baginda selalu bangun awal sebelum subuh, sentiasa menjaga kebersihan diri, tidak makan berlebihan, gemar berjalan kaki, tidak pemarah, pemaaf, bersukan dan sebagainya. 

#2. Melakukan amal ibadah kepada Tuhan
sebagai hamba, kita ada tanggungjawab yang perlu dilakukan. 

Contohnya perkara wajib seperti solat, puasa dalam bulan Ramadhan, membayar zakat dan menunaikan haji apabila berkemampuan.

#3. Menuntut ilmu -  menuntut ilmu merupakan perkara wajib bagi setiap orang muslim sama ada lelaki ataupun perempuan. 

Kita perlu mengambil peluang yang ada ketika sihat untuk menuntut ilmu sebanyak yang mungkin. Apabila sudah tidak sihat, kita tidak ada peluang lagi untuk belajar.

#4. Membantu orang lain - nikmat sihat yang Allah SWT berikan kepada kita juga perlu digunakan untuk membantu orang yang berada dalam kesusahan. 

Jika kita tidak membantu orang yang sakit atau bermasalah siapa lagi?

#5. Tidak membebankan orang lain - Dalam keadaan sihat, kita tidak boleh membebankan orang lain. Perbuatan sebegini ditegah oleh agama.

Kesimpulan


Sememangnya nikmat sihat yang Allah SWT anugerahkan wajib kita syukuri supaya kita tidak tergolong dalam kumpulan orang lupa daratan. 

Pelbagai cara boleh kita lakukan untuk membuktikan rasa syukur antaranya dengan menjaga kesihatan. 

Sekiranya anda rasa artikel ini berguna, silalah kongsikan dengan orang lain yang anda suka. 



FREE CONSULTATION
 and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!



HUDA [SID:1093239]
HP:011-18685991
Emel:nh_5656@yahoo.com

1 comment:

Followers

My Blog List

Jom Like

Powered By Blogger
Faizal Faizal Mohamad Twon Tawi