Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.
Alhamdulillah, dalam bulan Oktober yang lepas, kami dapat menghadiri beberapa seminar dan kelas yang kami pilih sendiri untuk menghadirinya walaupun ada yang berbayar.
Kalau sebelum ini saya hanya menghadiri kursus atau seminar yang dianjurkan oleh Shaklee seperti Shaklee Motivational dan Bengkel Nutrisi, tetapi kali ini lebih dari itu.
Seminar dan kelas yang saya maksudkan adalah:
- Seminar Facebook Extra 2.0 Bersama Amar Zahar & Team Jootawan
- Seminar Pemasaran Onlline Bersama GrowthWealth
- Kelas Belajar Buat Blog Dengan Firdaus Azizi Consultansy
- Kelas Facebook Marketing Dengan Firdaus Azizi Consultansy
Untuk entri kali saya kongsikan dengan anda suasana Suasana Seminar Facebook Bersama Amar Zahar & Team Jootawan.
Pertama kali memandang iklan berkenaan kursus ini saya begitu teruja untuk menyertainya. Saya terus menghubungi suami yang ketika itu sedang sibuk bekerja.
Alhamdulillah, beliau setuju untuk menyertainya.
Oleh kerana Seminar Facebook Extra 2.0 Bersama Amar Zahar & Jootawan ini diadakan pada hari Sabtu (1/11/2014) kami terpaksa meninggalkan anak kesayangan kepada Mak Tok dan Tok Abahnya.
Terima kasih Mak Tok dan Tok Abah.
Pertama kali memandang iklan berkenaan kursus ini saya begitu teruja untuk menyertainya. Saya terus menghubungi suami yang ketika itu sedang sibuk bekerja.
Iklan banner kursus seminar facebook extra 2.0 |
Alhamdulillah, beliau setuju untuk menyertainya.
Oleh kerana Seminar Facebook Extra 2.0 Bersama Amar Zahar & Jootawan ini diadakan pada hari Sabtu (1/11/2014) kami terpaksa meninggalkan anak kesayangan kepada Mak Tok dan Tok Abahnya.
Terima kasih Mak Tok dan Tok Abah.
Suasana Seminar Facebook Extra 2.0 Bersama Amar Zahar & Jootawan
Terus terang saya katakan, inilah pertama kali saya datang ke hotel Vistana Penang Bukit Jambul meskipun saya tinggal di Pulau Pinang.
Pandangan hadapan hotel Vistana Penang |
Banting-banting Jootawan |
Kelihatan dalam gambar di atas, banting-banting yang mempamerkan 'branding' dan produk Jootawan terpampang di kiri dan kanan laluan untuk pendaftaran. Kami berdua merupakan antara yang terawal kerana masih belum ada yang mendaftar ketika kami sampai.
Proses pendaftaran |
Setelah kami mendaftar, tiba-tiba ramai pula yang sampai. Nampaknya, ramai yang teruja untuk menyertai seminar ini. Ada yang datang secara individu dan ada yang datang secara berkumpulan.
Sebelum kursus bermula |
Sebelum seminar belangsung, kami didedahkan dengan beberapa tayangan video yang berkaitan dengan pemasaran facebook.
Amar Zahar Sedang Memberi ceramah |
Orang yang ditunggu telah pun keluar. Kalau sebelum ini, kami hanya tengok gambar Amar Zahar hanya dalam internet, tetapi hari itu kami dapat lihat secara life.
Muda lagi bro Amar Zahar ini, Baguslah, muda-muda lagi sudah berjaya membina empayar perniagaan yang ternama.
Memang banyak perkongsian beliau tentang pemasaran facebok walaupun seminar ini lebih kepada preview. Antara perkara yang beliau kongsikan adalah:
- Facebook sentiasa berubah-rubah dan perubahannya terlalu pantas. Ramai rakan-rakanya yang sudah memiliki beratus ribu liker di facebook dan berjaya menjana pendapatan ribu-ribu ringgit tiba-tiba hilang kerana perubahan facebook.
- Oleh itu, jadikan facebook sebagai 'pedang' untuk kita memasarkan produk bukannya 'tangan' untuk kita memasarkan produk. Apa maksud 'pedang' dan 'tangan'? Baca sampai habis artikel ini.
- Facebook kini bukan sekadar laman sosial semata-mata. Ia lebih kepada bisnes. Kalau dahulu, facebook akan ikut apa yang pengguna mahu dalam akaun facebook atau fanpage sendiri, tetapi sekarang ini facebook yang kawal apa yang berlaku.
- Amar zahar juga tunjukkan secara ringkas penggunaan facebook yang advance seperti penggunaan 'power editor'.
Di samping itu, beliau kongsikan juga pengalaman hidup beliau yang bermula daripada kehidupan yang susah ketika belajar. Namun, kini sudah berubah setelah beliau bertindak untuk berubah.
Pandangan luar hotel vistana Penang |
Lebih kurang separuh hari kami bertapa dalam Hotel Vistana ini untuk menuntut ilmu pemasaran facebook daripada saudara Amar Zahar. Kini waktu untuk pulang ke rumah. Rindu dekat anak...
Berposing depan Hotel Vistana Penang |
Pasti ramai yang ingin tahu apa maksud 'pedang' dan 'tangan' yang dimaksudkan oleh Amar Zahar tadikan?
Baiklah, saya cerita sekarang. 'Pedang ' maksudnya alat pemasaran. Kalau alat pemasaran kita hilang, kita boleh ganti alat lain untuk membuat pemasaran. Sebaliknya, kalau tangan kita hilang habislah kita. Mungkin, perniagaan online kita akan hancur.
Oleh sebab itu, ramai peniaga-peniaga online sekarang menggunakan blog untuk sebagai medium pemasaran.
Itu sahaja perkongsian saya tentang Suasana Seminar Facebook Extra 2.0 Bersama Amar Zahar & Jootawan ini. Secara keseluruhan, saya berpuas hati dengan pengisian yang disampaikan oleh Amar Zahar dan tim Jootawan. Seminar ini hanyalah preview. Kalau mahu yang lebih boleh ikuti kelas advance yang mereka adakan.
Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini sehingga habis. Cuba anda klik butang share dibawah untuk dikongsikan dengan orang lain.
Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini sehingga habis. Cuba anda klik butang share dibawah untuk dikongsikan dengan orang lain.
No comments:
Post a Comment