Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.
Benarlah, Allah itu Maha Esa. Walaupun usia anak kedua saya sudah menjangkau umur 2 tahun lebih tetapi susu badan saya masih cukup untuk beliau. Bahkan, saya pernah dapat 4 ouns dalam masa beberapa minit melakukan aktiviti mengepam susu.
Tempoh menyusukan anak saya 2 tahun lalu, memang penuh dengan cabaran. Setiap hari, saya memang akan cari masa untuk pam susu tidak kira waktu siang di tempat kerja mahupun waktu malam hari.
Benarlah, Allah itu Maha Esa. Walaupun usia anak kedua saya sudah menjangkau umur 2 tahun lebih tetapi susu badan saya masih cukup untuk beliau. Bahkan, saya pernah dapat 4 ouns dalam masa beberapa minit melakukan aktiviti mengepam susu.
Tempoh menyusukan anak saya 2 tahun lalu, memang penuh dengan cabaran. Setiap hari, saya memang akan cari masa untuk pam susu tidak kira waktu siang di tempat kerja mahupun waktu malam hari.
Kepada rakan-rakan ibu yang sedang berusaha gigih untuk memberikan susu ibu yang terbaik untuk anak-anak anda, didoakan anda berjaya.
Cara Saya Mengumpul Stok Susu Berterusan
Teringat saya minggu lepas, ketika masuk ke dalam pantri pejabat, saya bertembung dengan seorang kawan yang sedang membasuh botol susu dan peralatan pam susu.
Beliau mengadu kepada saya yang susunya tidak begitu mencukupi untuk disimpan sebagai stok. Saya tanya kepada beliau beberapa soalan tentang pam susu yang digunakan dan cara pemakanan beliau sebagai seorang ibu menyusu.
Berdasarkan pengalaman dan pengetahuan saya sebelum ini saya juga pernah menggunakan single pumping. Kemudian, saya bertukar kepda pam susu double pumping. Jadi, saya menyarankan kepada beliau agar bertukar kepada pam susu double pumping untuk memudahkan urusan pam susu.
Di samping itu, saya cadangkan kepada beliau beberapa suplemen yang saya amalkan dan saya berikan kepada beliau untuk mencuba suplemen shaklee.
Alhamdulillah, keesokannya beliau berjumpa saya dan terus mengatakan mahu membeli set menyusu tersebut. Saya cukup gembira kerana beliau mengatakan badannya rasa selesa dan terdapat perubahan setelah mengambil supplemen ini.
Setelah hampir 2 minggu menggunakannya, wajahnya semakin ceria dan stok susu badan juga semakin bertambah.
Saya sangat gembira apabila dapat berkongsi dengan teman rapat kebaikan produk ini. Beliau yang dulunya sedih memikirkan susu yang berkurangan kini bertambah yakin dalam memberikan susu buat anaknya.
Kawan Saya Yang Lain Pula
Dalam minggu yang sama ada seorang lagi kawan yang menghubungi saya. Beliau juga berkongsi masalah yang sama. Anaknya sering menangis kerana susu tidak cukup dan beliau terpaksa berikan susu formula. Tambah menyedihkan, apabila mengepam langsung tiada susu yang keluar.
Mendengar kisah beliau, saya juga tumpang simpati tetapi saya saya kagum dengan semangat beliau untuk memberikan susu badan kepada anaknya.
Saya cuba tenangkan beliau dan menyarankan agar banyak berdoa kepada Allah SWT. Dalam pada itu, saya berkongsi bagaimana proses supply and demand dalam penyusuan susu ibu.
Kemudian, saya cadangkan beliau mula membuat power pumping di pejabat. Beliau balik dan cuba amalkan. Alhamdulillah dari tiada susu sekarang sudah menampakkan hasil. Dalam tempoh beberapa hari sudah mula dapat 3 auns apabila pam.
Memang sukar untuk digambarkan kegembiraan hati saya apabila dapat membantu dan berkongsi pengalaman menyusukan anak dengan susu ibu kepada rakan-rakan.
Baiklah, di bawah ini saya kongsikan beberapa cara untuk mendapatkan susu badan berterusan dan boleh dijadikan simpanan atau stok.
5 Cara Mendapat Susu Badan Berterusan
#1. Minum Air
Air memang penting untuk badan kita. Pastikan anda mengambil air minuman atau apa-apa sahaja jenis cecair lebih daripada 3 liter sehari.
#2. Grooming
Ketika menyusukan anak, belailah dia. Langkah ini bagus kerana tanpa disedari anda sebenarnya sedang merangsang tubuh untuk menghasilkan lebih banyak susu ibu.
#4. Pam Lebih Lama
Bagi anda yang masih lagi mengepam payu dara untuk menghasilkan stok susu ibu untuk kegunaan anak yang berusia lebih dua tahun, jangan hadkan masa mengepam. Ambillah masa antara 15-20 minit untuk setiap belah payu dara. Sebelum itu, pastikan payu dara benar-benar kosong.
#5. Urutan Payu Dara
Urutan di bahagian payu dara sememang baik untuk merangsang pengaliran susu ibu dengan lancar. Paling kurang, anda boleh mengurut payu dara sendiri dengan menuamnya menggunakan tuala yang telah direndam di dalam air suam terlebih dahulu. Kemudian urut secara lembut dan perlahan-lahan.
Kesimpulan
5 cara yang saya tunjukkan ini adalah sebahagian sahaja tetapi insyaAllah memang berkesan. Alhamdulillah, saya sudah mencubanya.
Selain itu, anda juga boleh bertanya pakar laktasi dan juga mendapatkan tip-tip tambahan daripada mana-mana sumber seperti buku, majalah dan internet. Pengalaman orang lain juga adalah sumber maklumat yang baik.
Selamat mencuba 5 tip-tip yang diberikan ini.
Selain itu, anda juga boleh bertanya pakar laktasi dan juga mendapatkan tip-tip tambahan daripada mana-mana sumber seperti buku, majalah dan internet. Pengalaman orang lain juga adalah sumber maklumat yang baik.
Selamat mencuba 5 tip-tip yang diberikan ini.
Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Huda untuk:
FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Emel:nh_5656@yahoo.com
Maklumat tentang susu ibu boleh di dapati di sini juga: http://www.babycenter.com/
terima kasih di atas perkongsian ini...
ReplyDeleteSama-sama Farah :)
Deletewah..terbaiklah sis..
ReplyDelete