Pernahkah ibu-ibu merasai gigitan bayi pada puting susu ketika menyusu? Saya percaya, majoriti ibu menyusu memang terpaksa mengalami situasi ini.
Ini adalah salah satu cabaran yang terpaksa diterima oleh seorang ibu yang menyusukan anak. Sebab itu, Allah SWT muliakan ibu-ibu.
Saya sendiri sudah berapa kali sampai tidak ingat kalau mahu dibilang mengalami situasi ini. Memang sakit dan sampai menangis dibuatnya.
Bagi mengurangkan masalah ini anda boleh cuba panduan Mengelak Gigitan Bayi Ketika Menyusu yang akan saya kongsikan dalam entri ini. Artikel ini saya dapati dari majalah PaMa. Semoga memberi manfaat kepada ibu semua.

Panduan Mengelak Gigitan Bayi Ketika Menyusu
Panduan mengelak gigitan bayi |
- Ketahui punca
Pertamanya kita sebagai ibu perlu mengenalpasti punca sebenar yang menyebabkan bayi menggigit. Bayi kita mungkin kecewa akibat tidak berjaya memperolehi susu seperti yang diingininya. Jika itu menjadi penyebab, ibu harus merangsang aliran susu sebelum menyusukan bayi.
Antaranya, anda boleh tekapkan payu dara menggunakan tuala kecil yang telah direndam dengan air suam terlebih dahulu selama beberapa minit bagi melancarkan pengaliran susu Selain itu, boleh juga lakukan urutan khas payudara.
- Beralih payudara
Alternatif lain adalah dengan mengalihkan bayi daripada payudara yang sedang digigit kepada payudara sebelah lagi. Lakukan secara perlahan-lahan untuk mengelakkan kecederaan kepada puting. Sambil itu, anda boleh berkomunikasi dengan bayi anda. Antaranya ialah, " Adik jangan gigit ibu tau, sakit ibu". Ini adalah supaya bayi anda akan memahami ketidakselesaan ibunya.

- Menekap muka bayi
Apabila setiap kali bayi mula mahu menggigit, rapatkan mukanya ke arah payudara. Ini secara tidak langsung akan membuatkan si manja mengalami sesak nafas. Ini akan menyebabkan bayi melepaskan gigitan untuk bernafas semula.
- Selesakan posisi
Kedudukan selesa semasa penyusuan adalah sangat penting bagi ibu dan anak. Ini kerana posisi yang tidak selesa akan mengganggu proses penyusuan yang sedang berlangsung.
- Leraikan dengan jari
Apabila anda merasakan bayi akan menggigit, segera masukkan jari kelingking di bahagian tepi mulut bagi meleraikan dia daripada payudara. Namun, jangan sesekali meleraikan sesi penyusuan secara tiba-tiba tanpa memasukkan jari anda dahulu. Hal ini, boleh menyebabkan puting anda cedera dan lebih menyakitkan.

Posisi penyusuan yang betul |
- Gigit sesuatu
Anda juga boleh memberikan alat-alat lain untuk bayi menggigit. Contohnya adalah seperti teether . Alat seperti ini dapat memenuhi keinginan bayi menggigit, tambahan pula jika dia sedang mengalami gatal gusi.

Set penyusuan Shaklee |
- Jangan menjerit
Cuba hindari daripada menjerit kepada bayi ketika dia menggigit. Malahan jangan sesekali memukul atau menampar pipinya. Keadaan ini akan membuatkan bayi terkejut dan takut untuk meneruskan penyusuan. Lebih teruk lagi, ia akan menjadi penyebab bayi enggan lagi menyusu pada sesi penyusuan seterusnya.
Kesimpulan
Sebagai seorang ibu, saya amat memahami kesakitan akibat digigit bayi. Kesakitan yang kita alami mudah-mudahan dapat menjadi kifarah dosa yang kita lakukan secara sedar atau tidak sedar. Dan juga kita mohon kepada Allah agar cabaran dalam menyusu ini dapat kita tanggung sehingga berjaya.
Diharapkan panduan di atas dapat membantu ibu-ibu menangani situasi ini. Banyakkan bersabar dan teruskan penyusuan anda. Selamat mencuba :)
Diharapkan panduan di atas dapat membantu ibu-ibu menangani situasi ini. Banyakkan bersabar dan teruskan penyusuan anda. Selamat mencuba :)
Maklumat tentang susu ibu boleh di dapati di sini juga: http://www.babycenter.com/
Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Huda untuk:
FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Emel:nh_5656@yahoo.com
Huhu..dah ada pengalaman tang anak pertama dulu..
ReplyDeletememang kesian kat ibunya, tapi anak kita pun bukannya faham lagi.
Deletehmmm saya pernah nampak kakak saya tampar anak dia... tapi lepas tu dia menyusu jugak... tapi lepas2 dari tu dia main perah je susu dia bagi kat baby tu
ReplyDeleteKadang-kadang bila dah kena gigit memang trauma nak menyusu.
Deletenice sharing... paling teruk penah kena gigit sampai berdarah. aihh.. sayang anak kan ;)
ReplyDeleteitulah... Nam buat macam mana. read sahajalah
Deletesalam perkenalan,,,,
ReplyDeletepengalaman saya masa menyusu anak sulung dulu dia pernah gigit sekali...tindakan reflex masa dia gigit tu memang saya terpukul peha dia smp dia terkejut dan terlepas dari menyusu,,,
mungkin sebab kena pukul masa memang dia tengah gigit, lps tu terus tak gigit dah....:)
http://ummuzuhayr.com