Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.
Andai ibu-ibu berrasa resah gelisah kerana susu badan tidak mencukupi untuk anak anda, ramai lagi ibu-ibu yang mengalami masalah yang sama.
Saya sendiri seperti anda suatu ketika dahulu. Saya pernah menangis kerana kekurangan susu. Sampai satu tahap saya terpaksa berulang-alik dari tempat kerja kerana mahu menyusukan anak saya setiap hari.
Rakan-rakan di tempat kerja saya juga ramai mengalami masalah yang sama.
Oleh itu, bersabarlah ibu-ibu. Usahamu tidak pernah sia-sia. Yakinlah bahawa susu untuk anak kita memang telah Allah SWT sediakan.
Saya akui ada sebilangan ibu-ibu yang dikurniakan susu yang banyak walaupun tidak mengamalkan apa-apa petua. Itu adalah ketentuan Allah SWT.
Tetapi saya rasa sedih kerana ada juga ibu yang mempunyai susu badan tetapi tetap memberikan susu formula kepada anak kerana pelbagai alasan.
Berbalik kepada menyusukan susu ibu, saya akui, memang banyak cabaran dalam menyusukan anak kerana saya sudah menyusukan kedua-dua orang anak saya selama 2 tahun lebih.
Alhamdulillah, setelah menghadapi beribu-ribu cabaran menyusukan anak saya berjaya menyusukan anak kedua saya secara eksklusif lebih dari 2 tahun.
Bagi ibu-ibu yang resah Gelisah Susu Badan Tidak Cukup, mari saya kongsikan pengalaman dan tip menghadapi cabaran semasa menyusukan anak.
Ya, memang tip-tip ini saya amalkan bagi menghadapi cabaran ketika menyusukan anak. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat dan panduan buat ibu-ibu yang berhadapan dengan situasi yang sama. Selamat mencuba.
Alhamdulillah, setelah menghadapi beribu-ribu cabaran menyusukan anak saya berjaya menyusukan anak kedua saya secara eksklusif lebih dari 2 tahun.
Bagi ibu-ibu yang resah Gelisah Susu Badan Tidak Cukup, mari saya kongsikan pengalaman dan tip menghadapi cabaran semasa menyusukan anak.
Ya, memang tip-tip ini saya amalkan bagi menghadapi cabaran ketika menyusukan anak. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat dan panduan buat ibu-ibu yang berhadapan dengan situasi yang sama. Selamat mencuba.
Ibu-Ibu Resah Gelisah Susu Tidak Cukup
Bayi Comel |
Susu tidak cukup memang membuatkan saya tidak senang duduk. Walaupun ada pendapat yang mengatakan apabila bayi dah mula makan makanan pejal, jumlah susu yang perlu dibekalkan kepada pengasuh akan berkurangan. Ini tidak terjadi kepada anak saya, walaupun sudah 6 bulan stok susu yang dibekalkan sama iaitu kira-kira 5 botol = 20 aun lebih.
Pelbagai cara telah saya cuba bagi mencukupkan bekalan susu buat si kecil Thaqif. Di sini saya kongsikan apa yang telah saya lakukan.
Doa dan berfikiran positif.
- Doa senjata orang mukmin. Bagi saya kita sebagai ibu yang sedang berhadapan dengan cabaran hendaklah sentiasa berdoa agar Allah mencukupkan keperluan bayi kita.
- InsyaAllah rezeki anak kita sentiasa ada. Setiap jumlah susu yang kita hasilkan adalah mengikut keperluan harian anak kita.
- Ibu-ibu juga hendaklah sentiasa berfikiran positif. Ini secara tidak langsung merangsang badan kita menghasilkan susu yang banyak. Badan yang sentiasa stress akan mempengaruhi penghasilan susu.
Kerap menyusukan anak
- Kita hendaklah kerap menyusukan anak kita dan kerapkan mengepam. Ini kerana konsep penghasilan susu adalah bekalan dan permintaan. Semakin kita kerap mengosongkan payudara semakin banyak susu akan dihasilkan.
- Kerapkan sesi mengepam sekitar jam 12 tengah malam hingga 6 pagi. Ini kerana hormon prolaktin banyak dihasilkan ketika ini.
- Ibu-ibu disyorkan mengepam susu pada setiap 3 jam. Jika bayi mahu menyusu ketika memerah, berhenti. Susukan dia dan kemudian sambung semula sesi mengepam susu.
Minum Air Masak Banyak
- Pastikan ibu-ibu minum banyak air sepanjang tempoh penyusuan. Kita disarankan pengambil kira-kira 3 liter air sehari.
Minum Air Sekurang-kurangnya 3 Liter |
Belai anak
- Ketika menyusu, belailah bayi. Amalan ini dikenali sebagai grooming. Langkah ini tanpa disedari merangsang penghasilan susu.
- Antara lain, di antara waktu penyusuan dan sejurus sebelum sesi penyusuan bayangkan bayi sedang menyusu di payudara anda.
- Cara ini, akan merangsang payudara untuk mengeluarkan lebih banyak susu. Anda juga boleh melihat gambar anak anda ketika sesi mengepam.
Belailah Bayi Anda |
Berdisiplin ketika mengepam
- Kita hendaklah berdisiplin ketika mengepam. Dengan mengepam secara kosisten akan membantu kita meningkatkan pengeluaran susu. Meskipun terpaksa mengorbankan waktu tidur anda, carilah waktu sekejap demi anak tercinta.
Pilih pam yang sesuai
- Ibu-ibu disarankan menggunakan pam yang bersesuaian, Bagi saya yang telah mencuba single pumping dan double pumping, saya menyarankan anda menggunakan double pumping. Selain menjimatkan masa, double pumping juga dapat meningkatkan jumlah susu yang dipam.
Pam Susu Pilihan Saya |
Menyusukan anak di waktu malam
- Amalan menyusukan bayi di waktu malam sangat bagus kerana ia merangsang peningkatan susu. Ini kerana di waktu malam, anda berdua lebih relaks lalu membolehkan bayi menyusu lebih lama dan kerap. Penyusuan malam turut merangsang hormon prolaktin yang memainkan peranannya menghasilkan lebih banyak susu.
Urutan
- Teknik urutan payudara yang betul akan membantu susu mengalir dengan lancar. Apatah lagi sewaktu anda mengalami bengkak susu ataupun sakit puting. Untuk itu, anda perlu menuam payudara dengan tuala yang telah direndam di dalam air suam. Anda juga boleh mendapatkan perkhidmatan mengurut dari bidan yang berpengalaman.
Pengambilan Suplemen atau makanan tambahan
- Saya juga mengamalkan pengambilan supplemen. Ini secara tidak langsung dapat membantu saya mempercepatkan penghasilan susu, membanyakkan kuantiti serta dapat membantu dalam kesihatan badan saya keseluruhannya.
Set Lengkap Penyusuan Shaklee |
Kesimpulan
Panduan di atas adalah diantara yang telah saya amalkan ketika sedang menyusukan anak saya. Alhamdulillah saya merasakan perubahan positif.
Ibu-ibu yang berhadapan situasi yang sama boleh mencuba panduan di atas. Sesungguhnya penyusuan susu ibu merupakan satu proses semulajadi yang sangat indah pengalamannya. Selamat meneruskan perjuangan anda.
Tahniah ibu-ibu yang amat menyokong penyusuan susu ibu. Saya memang kagum dengan semangat ibu-ibu dalam menjayakan penyusuan yang sangat dianjurkan dalam Islam ini.
Sesungguhnya ibu-ibu memang sangat hebat. Bukan senang hendak menyusukan anak secara eksklusif terutamanya bagi ibu-ibu yang bekerja.
Teruskan usaha ibu. Saya doakan ibu-ibu berjaya dan bahagia.
Ibu-ibu yang berhadapan situasi yang sama boleh mencuba panduan di atas. Sesungguhnya penyusuan susu ibu merupakan satu proses semulajadi yang sangat indah pengalamannya. Selamat meneruskan perjuangan anda.
Tahniah ibu-ibu yang amat menyokong penyusuan susu ibu. Saya memang kagum dengan semangat ibu-ibu dalam menjayakan penyusuan yang sangat dianjurkan dalam Islam ini.
Sesungguhnya ibu-ibu memang sangat hebat. Bukan senang hendak menyusukan anak secara eksklusif terutamanya bagi ibu-ibu yang bekerja.
Teruskan usaha ibu. Saya doakan ibu-ibu berjaya dan bahagia.
Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Huda untuk:
FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Emel:nh_5656@yahoo.com
Anda digalakkan berkongsi entri di sini dengan orang lain. Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan. Sila tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya.
No comments:
Post a Comment