Monday, March 31, 2014
5 Perkara Yang Menyenangkan Hati
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.
Alhamdulillah syukur, kita masih diberi kesihatan untuk kita beribadat kepada Allah SWT.
Sebelum ini saya pernah berkongsi tentang 5 ciri-ciri hati yang sihat. Hati yang saya maksudkan adalah hati rohani bukannya hati fizikal atau jasmani.
Hari ini pula, saya ingin kongsikan tentang 5 perkara yang menyenangkan hati kita.
Hati yang senang memudahkan kita berasa tenang. Orang yang tenang sentiasa menang.
Jom kita baca apa itu 5 Perkara Yang Menyenangkan Hati.
5 Perkara Yang Menyenangkan Hati
Di bawah ini saya senaraikan 5 Perkara Yang Menyenangkan Hati:
#1. Besangka baik dengan Allah SWT
Cuba latih diri bersangka baik dengan Allah SWT. Allah SWT, Tuhan yang menjadikan anda.
Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik terhadap diri anda. Meskipun apa yang anda hajatkan tidak kesampaian, yakinlah bahawa itulah ketentuan yang terbaik untuk anda.
#2. Ingat! Setiap kali kita diumpat, Allah SWT beri pahala
Pernahkah anda dijadikan bahan umpatan orang lain yang mungkin dengki dengan anda?
Jika pernah. Usah bimbang kerana setiap kali kita diumpat, Allah SWT akan berikan kita pahala dengan syarat kita sabar dan redha.
#3. Bergantung kepada Allah SWT bukannya makhluk
Tiada tempat bergantung yang terjamin melainkan Allah SWT yang maha Kuasa.
Manusia atau makhluk adalah ciptaan yang sangat lemah. Mereka juga memerlukan Tuhan untuk bergantung.
#4. Sentiasa bersyukur
Dalam Al-Quran ada dinyatakan bahawa tidak ramai orang yang bersyukur dengan nikmat Allah SWT.
Sebab itu, ramai orang yang hatinya tidak senang. Kalau anda sentiasa melatih diri pasti anda akan rasa senang.
Malahan, nikmat yang Allah SWT beri akan bertambah-tambah lagi.
#5. Sentiasa memaafkan
Orang yang hebat ialah orang yang mudah memaafkan orang lain. Biarpun dia melakukan kesalahan terhadap kita.
Cuba anda baca kisah hidup Nabi Yusuf A.S. Di ceritakan bahawa setelah 40 tahun ayahandanya Nabi Yaakub A.S. berjauhan dengan anak kesayangannya itu, akhirnya Allah SWT pertemukan mereka kembali.
Pada hari pertemuan itu, adik-beradik Nabi Yusuf A.S. yang merancang perpisahan dengan Nabi Yaakub A.S. juga datang memohon maaf.
Dengan hati yang tenang Nabi Yusuf A.S. memaafkan dan menyatakan apa yang berlaku adalah kerana syaitan yang jahat. Baginda tidak menyalahkan adik beradiknya sebaliknya menyalahkan syaitan.
Kesimpulan
Segala perbuatan yang baik datangnya dari hati yang baik. Kita seharusnya menggunakan nikmat sihat yang Allah SWT berikan untuk melatih diri menenangkan hati.
FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Emel:nh_5656@yahoo.com
Jika berminat dengan produk shaklee, sila hubungi Huda: 011-18685991
Seandainya anda rasa entri in ibermanfaat , sila kongsikan dengan orang lain. Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan.
Sila tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya.
Sunday, March 30, 2014
5 Cara Menjaga Kesihatan Gigi
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.
Memiliki gigi yang sihat merupakan impian semua manusia. Orang yang giginya sihat tidak berat untuk senyum.
Gigi juga mempunyai peranan penting dalam membantu pencernaan makanan.
Apabila makanan masuk ke dalam mulut, gigi akan melembutkan makanan sebelum masuk ke dalam usus.
Antara tanda gigi yang tidak sihat adalah gusi yang bengkak, gigi berlubang, gigi longgar dan sebagainya. Situasi ini boleh menyebabkan kita rasa sakit.
Untuk itu, anda perlu menjaga kesihatan gigi anda supaya ia sentiasa berada dalam keadaan baik dan selesa.
Hari ini saya bercadang untuk berkongsi 5 cara menjaga kesihatan gigi anda. Ia mudah untuk diamalkan.
Makanan manis perlu dikurang kerana ia tidak baik untuk kesihatan gigi anda seperti gula-gula.
Makanan manis yang anda makan boleh melekat di celah-celah atau sela-sela gigi anda.
Tempat-tempat itu boleh menyebabkan bakteria berkembang biak dan seterusnya merosakkan gigi anda.
Amalkan menggosok gigi sekurang-kurangnya tiga kali sehari iaitu pada waktu awal pagi, selepas makan tengahari dan malam (sebelum tidur).
Rasulullah SAW sendiri menggalakkan kita menjaga kesihatan gigi iaitu dengan mengamalkan bersugi.
Jika tidak sempat menggosok gigi di waktu tengahari, cuba berkumur beberapa kali supaya sisa makanan tidak melekat pada gigi anda.
Sekarang ini telah ada cecair khas untuk membersihkan gigi seperti listerine dan colgate plux. Anda boleh menggunakannya.
Seboleh-bolehnya lakukan pemeriksaan gigi secara berjadual seperti 6 bulan sekali.
Terdapat keadaan di mana gigi anda tidak boleh dibersihkan dengan menggunakan berus gigi semata-mata.
Dengan membuat pemeriksaan gigi di klinik atau hospital, doktor boleh memeriksa, membersih dan merawat gigi anda.
Mengambil makanan berkhasiat adalah mustahak untuk menjaga kesihatan gigi anda.
Anda digalakkan mengambil makanan yang mempunyai kandungan kalsium yang tinggi seperti susu, brokoli dan kacang.
Klik >> sini untuk mengetahui berapa banyak kalsium diperlukan setiap hari dan.
Klik >> sini untuk mengetahui kenapa tubuh kita perlukan kalsium.
Terdapat satu jenis produk Shaklee yang membantu menjaga kesihatan gigi anda iaitu ostematrix.
Antara kandungannya:
Jagalah kesihatan gigi anda kerana gigi yang sihat memudahkan kita untuk beribadat. Senyuman tidak rasa berat.
Gigi juga mempunyai peranan penting dalam membantu pencernaan makanan.
Apabila makanan masuk ke dalam mulut, gigi akan melembutkan makanan sebelum masuk ke dalam usus.
Antara tanda gigi yang tidak sihat adalah gusi yang bengkak, gigi berlubang, gigi longgar dan sebagainya. Situasi ini boleh menyebabkan kita rasa sakit.
Untuk itu, anda perlu menjaga kesihatan gigi anda supaya ia sentiasa berada dalam keadaan baik dan selesa.
Hari ini saya bercadang untuk berkongsi 5 cara menjaga kesihatan gigi anda. Ia mudah untuk diamalkan.
5 Cara Menjaga Kesihatan Gigi
#1. Kurangkan makanan manis
Makanan manis perlu dikurang kerana ia tidak baik untuk kesihatan gigi anda seperti gula-gula.
Makanan manis yang anda makan boleh melekat di celah-celah atau sela-sela gigi anda.
Tempat-tempat itu boleh menyebabkan bakteria berkembang biak dan seterusnya merosakkan gigi anda.
#2. Menggosok gigi
Amalkan menggosok gigi sekurang-kurangnya tiga kali sehari iaitu pada waktu awal pagi, selepas makan tengahari dan malam (sebelum tidur).
Rasulullah SAW sendiri menggalakkan kita menjaga kesihatan gigi iaitu dengan mengamalkan bersugi.
Sekarang ini telah ada cecair khas untuk membersihkan gigi seperti listerine dan colgate plux. Anda boleh menggunakannya.
#3. Membuat pemeriksaan gigi
Seboleh-bolehnya lakukan pemeriksaan gigi secara berjadual seperti 6 bulan sekali.
Terdapat keadaan di mana gigi anda tidak boleh dibersihkan dengan menggunakan berus gigi semata-mata.
Dengan membuat pemeriksaan gigi di klinik atau hospital, doktor boleh memeriksa, membersih dan merawat gigi anda.
#4. Tidak menghisap rokok
Kebanyakkan ulama telah menfatwakan perbuatan menghisap rokok adalah haram di sisi agama Islam.
Oleh itu, anda perlu meninggalkan amalan menghisap rokok kerana ia boleh merosakkan kesihatan anda.
Antara kandungan rokok adalah nikotin yang boleh membahayakan kesihatan gigi anda.
#5. Mengambil makanan berkhasiat
Anda digalakkan mengambil makanan yang mempunyai kandungan kalsium yang tinggi seperti susu, brokoli dan kacang.
Klik >> sini untuk mengetahui berapa banyak kalsium diperlukan setiap hari dan.
Klik >> sini untuk mengetahui kenapa tubuh kita perlukan kalsium.
Terdapat satu jenis produk Shaklee yang membantu menjaga kesihatan gigi anda iaitu ostematrix.
Antara kandungannya:
- kalsium dari sumber alam semula jadi yang mudah diserap.
- magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang dan menguatkan tulang
- vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium
- boron membantu metabolisme tulang
- mangan, tembaga dan zink mengaktifkan enzim yang membantu dalam pembinaan tulang.
Kesimpulan
Jagalah kesihatan gigi anda kerana gigi yang sihat memudahkan kita untuk beribadat. Senyuman tidak rasa berat.
Jika berminat dengan produk shaklee, sila hubungi Huda: 011-18685991
FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Emel:nh_5656@yahoo.com
Seandainya anda rasa entri in ibermanfaat , sila kongsikan dengan orang lain. Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan.
Sila tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya.
Labels:
Info Kesihatan,
Promosi,
Shaklee
Saturday, March 29, 2014
5 Cara Berkesan Promosi Blog Di Facebook
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtara.
Hari ini saya ingin bertanya, siapa yang tidak tahu facebook? Majoriti rakyat kini sudah kenal apa itu facebook.
Lainlah orang-orang lama yang tidak pandai menggunakan smartphone ataupun komputer.
Menurut kajian, facebook merupakan laman sosial yang menjadi tumpuan ramai manusia.
Sudah banyak peniaga-peniaga yang berjaya mendapat untung besar hanya dengan mempromosi produk melalui facebook.
Berdasarkan kajian saya terhadap pakar-pakar usahawan internet terdapat 5 cara berkesan mempromosikan produk di facebook.
Teknik ini juga berkesan untuk mempromosikan blog. Saya sendiri pernah membuat ujikaji antara artikel yang dipost di facebook dengan artikel yang dibiarkan sahaja.
Jom bersama-sama saya mengamalkan 5 cara berkesan ini.
Cukup berbeza, jumlah pengunjung ke artikel yang dipost di facebook cukup tinggi.
Cuba anda lihat di dalam gambar sebelah kira yang saya bulatkan adalah 15,512 orang yang lihat gambar ini dalam tempoh dua hari. Alhamdulillah.
Bulatan sebelah kanan adalah jumlah orang yang tolong share post saya.
Jom bersama-sama saya mengamalkan 5 cara berkesan ini.
5 Cara Berkesan Promosi Blog Di Facebook
#1. Kepercayaan
Pembaca blog gemar membaca blog yang mereka percaya dan yakin. Oleh itu, anda boleh letakkan gambar original anda, no telefon dan blog.
Cuba pelbagai cara untuk menarik kepercayaan orang, barulah blog anda akan disukai ramai.
Umpamanya, gambar profile facebook kita meyakinkan bakal prospek anda. Gunakan gambar sendiri atau famili, letakkan nombor telefon, emel dan website.
#2. Aktif di blog dan facebook
Pembaca blog gemar membaca blog dan akaun facebook yang aktif. Seboleh-bolehnya post sebarang artikel di blog dan facebook setiap hari.
Mungkin anda boleh menghantar artikel di blog sekali sehari dan di facebook lebih dari 3 kali sehari.
Mungkin anda boleh menghantar artikel di blog sekali sehari dan di facebook lebih dari 3 kali sehari.
Cara ini membolehkan diri anda dikenali ramai. Lebih ramai orang yang mengenali anda lebih mudah untuk mereka berhubung dengan anda
Jika anda menjual produk, cara ini memudahkan produk anda mendapat perhatian.
#3. Berkongsi tip-tip bermanfaat pengalaman
Pengguna-pengguna internet kebanyakkannya melayari internet bertujuan mencari maklumat yang ringkas, padat dan berguna.
Biasanya mereka akan menggunakan enjin carian seperti google, yahoo, bing dan sebagainya untuk mendapatkan tip-tip yang bermanfaat.
Perkongsian pengalaman sendiri atau keluarga juga dapat meningkatkan kepercayaan pembaca dan mereka mudah untuk berkenalan dengan anda.
Apabila mereka minat untuk mengikuti kisah hidup anda, insyaAllah urusan jual beli menjadi lebih mudah.
Namun begitu, tidak perlu berkongsi pengalaman yang terlalu peribadi. Pilih yang mana sesuai dan berkongsilah dari hati.
#4. Wall yang digemari pembaca
Kurangkan post link produk di wall facebook anda. Banyakkan mencerita kelebihan dan pengalaman menggunakan produk tersebut.
Jika boleh buatkan post yang menimbulkan tanda tanya. Apabila ada yang berminat anda boleh terus maklum balas ke inbox mereka.
Buangkan post yang tidak berkaitan dengan kita kerana ia akan mengganggu pembaca post kita.
Tulislah artikel blog yang memberi manfaat kerana apa yang anda tulis melambangkan diri anda.
#5. Berbalas komen
Jika ada pembaca yang meninggalkan komen di facebook, anda perlu segera memberi feedback yang positif.
Cara ini bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan silaturrahim, malah secara tidak langsung mampu mengembangkan rangkaian blog anda.
Apa yang anda tulis melambangkan diri anda. Oleh itu, balas komen rakan-rakan facebook andengan berhemah. Jangan menjawab dengan emosi.
Kesimpulan
Facebook merupakan medium sosial yang cukup diminati oleh manusia terutamanya rakyat Malaysia.
Ia boleh digunakan untuk mempromosikan blog kita dan kesannya cukup memberangsangkan.
Kandungan blog yang baik boleh memberikan sumbangan dan menambah pahala kepada kita.
Kandungan blog yang buruk mendatangkan dosa kepada kita. Anda pilih yang mana?
Hubungi Huda sekarang di 011-18685991.
FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Emel:nh_5656@yahoo.com
Seandainya anda rasa bermanfaat entri ini, sila kongsikan dengan orang lain. Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan.
Thursday, March 27, 2014
Kepentingan Menjaga Kesihatan Usus Kita
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.
Hadkan minuman yang mengandungi alkohol, kafein atau gula. Alkohol boleh menyebabkan keradangan perut atau dinding esofagus seterusnya mencetuskan gejala pedih hulu hati.
Kafein pula boleh menyebabkan asid perut mengalir masuk balik ke dalam esofagus (refluks) dan mengakibatkan pedih hulu hati.
Kebaikan set ini adalah dapat :
Set ini terdiri daripada Alfafa, ESP, Herba-Lax dan Peppermint-Ginger Plus.
Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.
Seandainya anda rasa entri ini bermanfaat , sila kongsikan dengan orang lain. Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan. Sila tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya.
Read more ...
Ramai di antara kita tidak menyedari bahawa kesihatan sistem penghadaman akan mempengaruhi kesihatan dan kesejahteraan diri secara keseluruhan.
Pelbagai masalah seperti sembelit, pedih ulu hati, cirit-birit dan sebagainya adalah antara punca daripada sistem penghadaman yang tidak sihat.
Kepentingan Menjaga Kesihatan Usus Kita
Hari ini saya ingin berkongsi tentang kepentingan menjaga kesihatan usus kita.
Sebelum itu, mari kita lihat bagaimana usus berfungsi?
Sebelum itu, mari kita lihat bagaimana usus berfungsi?
Bagaimana Usus Berfungsi?
Sistem penghadaman kita berperanan dalam memastikan makanan yang dimakan akan dihancurkan, hadam dengan sepenuhnya dan diserap oleh badan untuk membekalkan kita tenaga.
Sistem penghadaman yang terlibat adalah mulut, esofagus, perut, usus kecil dan besar. Seterusnya dibantu oleh organ tambahan iaitu hati, pankreas dan hempedu.
10 Tanda Usus Tidak Sihat
- Sembelit.
- Sering sakit kepala.
- Susah nak hadam.
- Selalu rasa lesu dan tak bertenaga.
- Nafas dan najis berbau.
- Perut buncit.
- Selalu lapar.
- Gastrik.
- Pedih ulu hati.
- Cirit-birit.
Kesan sekiranya usus kita kotor dan toksin berlebihan dalam badan
- Jantung stress atau lemah.
- Sakit sendi.
- Badan lesu dan otot lemah.
- Berat badan bertambah.
- Cepat nampak tua.
- Kanser.
Tabiat sihat untuk usus.
Pertubuhan Gastroenterologi Sedunia mensyorkan panduan makan untuk memastikan sistem penghadaman kita berada pada tahap optimum.
Amalkan pengambilan hidangan makanan lebih kecil secara lebih kerap seperti 4-5 sajian lebih kecil dan bukannya 2-3 sajian besar, setiap hari.
Makan lebih banyak makanan berserat seperti buah-buahan (pear, epal, betik), sayuran (brokoli, sayuran berdaun hijau, cendawan), kekacang (pea, lentil) dan bijian penuh (roti, bijirin, beras perang).
Mengambil lebih banyak hidangan ikan , sekurang-kurangnya 3-5 kali seminggu.
Mengambil daging kurang berlemak seperti ayam, ayam belanda atau daging lembu tanpa lemak.
Kurangkan pengambilan makanan berlemak, berminyak atau makanan goreng.
Kita disarankan mengambil probiotik seperti susu kultur dengan lebih kerap.
Kita disarankan minum sekurang-kurangnya dua liter air setiap hari dan mengurangkan pengambilan minuman yang mengandungi kafein, alkohol dan gula.
Mengamalkan gaya hidup sihat dan senaman fizikal secukupnya. Ini sangat penting kepada kesihatan sistem penghadaman, dan juga kesihatan badan secara keseluruhan.
Cara berikut dapat membantu dalam memastikan sistem penghadaman kita bekerja secara optimum:
Mengurangkan tekanan – tekanan atau stres berlebihan boleh melencongkan pengaliran darah daripada sistem penghadaman kita.
Sistem penghadaman mudah disesuaikan dengan rutin harian. Dengan menetapkan masa tertentu untuk tugas tertentu, kita dapat membantu sistem penghadaman dan seterusnya membuat diri berasa lebih berupaya mengawal keadaan.

Kekalkan Indeks Jisim Badan (BMI) yang sihat. Senaman jenis kardiovaskular membantu menguatkan otot abdomen.
Ini dapat merangsang otot usus untuk menolak kandungan dalam usus.
Ini dapat merangsang otot usus untuk menolak kandungan dalam usus.
Berhenti merokok. Merokok akan mengurangkan tekanan di persimpangan antara perut dan esofagus, menyebabkan asid perut mengalir balik ke dalam esofagus dan boleh menyebabkan pedih hulu hati dan pelbagai komplikasi lain.
Kafein pula boleh menyebabkan asid perut mengalir masuk balik ke dalam esofagus (refluks) dan mengakibatkan pedih hulu hati.
Set Penghadaman Shaklee dapat membantu anda.
- Melegakan sembelit.
- Meningkatkan kesihatan sistem penghadaman.
- Menyokong kesihatan usus.
- Membantu menyahtoksin badan.
- Membantu mengurangkan berat badan.
- Melegakan perut yang tidak selesa.
Set ini terdiri daripada Alfafa, ESP, Herba-Lax dan Peppermint-Ginger Plus.
#1) Peppermint Ginger Plus
Peppermint Ginger Plus mengandungi herba asli pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk rasa yang nyaman dan melegakan.
Halia merupakan herba terbaik dalam memelihara saluran penghadaman dan mempunyai ciri-ciri semulajadi yang nyaman dan dapat melegakan senak perut.
Pudina pula merupakan herba yang membantu dalam menggalakkan sistem penghadaman secara sihat dengan melegakan dan menyamankan perut.
Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.
#2) Herba- Lax
Herb-Lax Shaklee didatangkan dengan kombinasi herba yang telah digunakan secara tradisional untuk melegakan sembelit dan meningkatkan proses pencernaan secara lawas.
Bagi menangani kesulitan membuang air besar, Herb-LaxTM yang lembut boleh membantu.
Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.
5 Manfaat utama produk ini adalah :
- Pembersihan najis yang tersekat.
- Merangsang usus untuk mempercepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersimpan lama dalam tubuh kita.
- Membantu masalah sembelit.
- Mengempiskan perut.
- Sesuai diambil seperti biasa atau dicampurkan dalam air panas sebagai minuman herba.
#3) Alfafa
Alfalfa merupakan pusat pengumpulan segala nutrien. Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam enam meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah.
Sementara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi.
Alfalfa mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi
Sementara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi.
Alfalfa mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi
Alfafa baik untuk perubahan patologi dalam usus dan perut. Ia dapat memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, ulser gastrik, hepatitis dan sembelit
Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.
Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.
#4) ESP
Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik. Di dalamnya terdapat protein Bukan-GMO yang Lengkap dengan semua Asid Amino Perlu.
ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi dengan semua asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting.
Berbanding protein daripada sumber daging, telur dan tenusu, ESP adalah rendah lemak dan bebas laktosa dan kolesterol.
Berbanding protein daripada sumber daging, telur dan tenusu, ESP adalah rendah lemak dan bebas laktosa dan kolesterol.
Jika berminat dengan produk shaklee, sila hubungi Huda: 011-18685991
FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Emel:nh_5656@yahoo.com
Seandainya anda rasa entri ini bermanfaat , sila kongsikan dengan orang lain. Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan. Sila tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya.
Labels:
Info Kesihatan,
Promosi,
Shaklee
Wednesday, March 26, 2014
5 Perkara Yang Perlu Disegerakan
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.
Dalam Islam telah diajar adab-adab untuk menjaga hubungan dengan Allah SWT dan hubungan dengan sesama manusia.
Antara perkara yang diajarkan oleh Rasulullah SAW ialah tentang 5 perkara yang perlu disegerakan.
Perkara ini pernah disebutkan oleh Imam Ghazali sendiri dalam kitab Ihya (2/16).
5 Perkara Yang Perlu Disegerakan
Daripada Hatim Al-Asom:
"Terburu-buru itu adalah sifat syaitan, kecuali pada 5 perkara, maka ia termasuk dalam sunnah Rasulullah SAW."
#1. Apabila tetamu datang ke rumah kita segerakan sedia makanan
Sebaik sahaja nampak tetamu datang ke rumah, segara disuruh anak atau isteri menyediakan makanan untuk mereka.
#2. Menguruskan mayat tatkala meninggal dunia.
Kebanyakkan masyarakat kita yang suka membiarkan jenazah tidak di tanam kerana alasan menunggu anak yang jauh pulang ke pangkuan keluarga.
Situasi ini perlu ditimbang sebaik mungkin kerana kita tidak digalakkan terlalu lama jenazah tanpa diurus.
#3. Mengahwinkan anak perempuan, bila sampai masa.
Ulama berpesan supaya disegera mengahwinkan anak perempuan dengan lelaki yang baik agamanya.
Bahkah ada diriwayatkan bahawa jika ada lelaki datang meminta untuk berkahwin dengan anak perempuan kita.
Lelaki itu kita rasa baik dari segi agamanya tetapi kita tolak permintaannya. Kemungkinan besar sudah tidak ada lelaki baik lagi yang akan kita jumpa sesuai untuk anak kita. Wallahu'alam.
#4. Membayar hutang
Sebaik sahaja mendapat duit, jangan ditangguh untuk melakukan perkara lain dengan duit itu.
Bayar hutang dahulu, kemudian jika ada lebih barulah dibelikan barang-barang lain.
#5. Bertaubat dari dari dosa
Sebagai manusia kita tidak lari dari melakukan kesalahan. Justeru, kita perlu segera istighafar dan bertaubat.
Kesimpulan
Nyawa kita semakin singkat. Entah bila kita akan kembali mengadap Ilahi. Oleh itu segerakan 5 perkara yang dinyatakan di atas.
Nikmat sihat yang Allah SWT kurniakan kepada perlu kita gunakan sebaik mungkin untuk beribadat.
Jika berminat dengan produk shaklee, sila hubungi Huda: 011-18685991
Seandainya anda rasa entri in ibermanfaat , sila kongsikan dengan orang lain. Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan.
Sila tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya.
FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Emel:nh_5656@yahoo.com
Tuesday, March 25, 2014
Sendi Yang Sihat Adalah Rezeki
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.
Sendi Yang Sihat Adalah Rezeki
Sendi yang sihat adalah nikmat rezeki Allah s.w.t. Ia sangat bermakna bagi pesakit-pesakit sendi.
Seiring dengan pertambahan usia kita sering terdengar insan yang kita sayangi menderita masalah sendi.
Seiring dengan pertambahan usia kita sering terdengar insan yang kita sayangi menderita masalah sendi.
Perbezaan Sendi Yang Stress & Sendi Yang Sihat
Jom kita tengok perbezaan sendi yang stress dan sendi yang sihat.
"Sendi Yang Stress"
Kesan stress berterusan, kerja terlalu kuat, haus & lusuh biasa pada sendi:
1. Rawan menjadi lemah & rapuh.
2. Tisu penghubung sekeliling terurai.
3. Geseran berlaku diantara tulang-tulang yang mengeluarkan kimia yang menyerang rawan, menyebabkan ketidakselesaan & mobility yang terhad.
"Sendi Yang Sihat"
Advance Joint Health Tablet (AJHT) membantu sendi sihat dalam 3 cara iaitu:
Meningkatkan cushioning: glukosamin membantu memelihara rawan-cushioning perlindungan diantara sendi yang membolehkan mereka bergerak lebih bebas.
Memelihara tisu penghubung yang sihat: zink, kuprum, manganese & vitamin C membantu membina kolagen & lain-lain komponen tisu penghubung yang memberi kekuatan & struktur kpd sendi.
Meningkatkan keselesaan sendi: Ekstrak Boswella pantas membantutkan mekanisma respons stress tubuh utk memperbaiki keselesaan sendi.
Advance Joint Health Tablet (AJHT) mengandungi...
1 bentuk ekstrak Boswellia yang telah ditunjukkan didalam kajian klinikal mampu meningkatkan keselesaan sendi dalam jangkamasa seawal 5 hari - hampir 28% lebih pantas dari yang didakwa oleh 1 jenama terkemuka.
Ramuan yang dirumus secara saintifik ini merangkumi ramuan yang terbukti secara klinikal akan menggalakkan mobiliti, meningkatkan fleksibiliti, meningkatkan fungsi sendi dan juga menyokong kesihatan sendi utk jangkamasa panjang.
AJHT juga merangkumi kombinasi nutrien kesihatan sendi yang direka khas seperti zinc, kuprum, manganese dan juga vitamin C.
Setiap satunya memainkan peranan yang unik & kritikal didalam membangunkan kolagen penghubung & rawan yang sihat.
AJHT tidak mengandungi kondroitin, 1 bahan yang terbukti didalam ujian klinikal menghalang penyerapan glukosamin.
AJHT adalah 100% bebas kekerang & 100% vegetarian dan yang penting ia adalah semulajadi, langsung tidak mengandungi sumber haiwan.
Jika berminat dengan produk shaklee, sila hubungi Huda: 011-18685991
Seandainya anda rasa entri ini bermanfaat , sila kongsikan dengan orang lain. Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan.
Sila tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya.
FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Emel:nh_5656@yahoo.com
Labels:
Info Kesihatan,
Promosi,
Shaklee
Monday, March 24, 2014
15 Langkah Menjaga Kesihatan Mental
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.
Mental yang sihat amat penting dalam kehidupan kita. Badan yang sihat sahaja tidak cukup menjadi seorang yang normal.
Namun, anda perlu tahu bahawa orang yang sihat mental tidak semestinya tidak terlepas daripada penyakit mental.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) - Mental yang sihat bermaksud keupayaan seseorang mengekalkan perhubungan yang harmoni dengan orang lain, mengambil bahagian dalam aktiviti kemasyarakatan.
Menurut Polisi Kesihatan Mental Malaysia - Kesihatan Mental merujuk kepada keupayaan seseorang individu, kumpulan dan persekitaran untuk berintraksi di antara satu sama lain bagi menjana perasaan sejahtera dan fungsi optima dan menggunakan kebolehan kognitif (intelek), afektif (emosi) dan perhubungan dalam mencapai matlamat individu dan kumpulan.
Mental yang sihat dapat mengekalkan fungsi biologi, psikologi, sosiologi dan kerohanian yang seimbang.
15 Langkah Menjaga Kesihatan Mental
Untuk menjaga kesihatan mental anda, cuba amalkan 15 Langkah Menjaga Kesihatan Mental di bawah ini.
#1. Mengamalkan cara hidup Islam
Islam merupakan agama yang suci lagi murni. Segala panduan hidup telah disediakan oleh Allah SWT kepada anda.
Al-Quran dan Hadith yang ditinggalkan oleh Rasulullah SAW adalah panduan terbaik untuk anda.
Jika anda dapat mengikuti segala panduan yang tertera di dalamnya, insya-Allah anda akan selamat.
Al-Quran dan Hadith yang ditinggalkan oleh Rasulullah SAW adalah panduan terbaik untuk anda.
Jika anda dapat mengikuti segala panduan yang tertera di dalamnya, insya-Allah anda akan selamat.
Antara nilai-nilai murni yang diajarkan oleh Islam adalah bersangka baik, amanah, redha, syukur dan sabar.
#2. Mengamalkan cara hidup sihat
Pernahkah anda mendengar pepatah minda yang sihat menghasilkan badan yang sihat.
Justeru, anda perlua amalkan cara hidup sihat. Sebagai contoh, anda perlu pastikan makanan sihat sentiasa diambil, berat badan unggul dikekalkan dan rehat yang mencukupi.
#3. Be realistic (Berpandukan kenyataan)
Tindakan yang ingin anda lakukan seharusnya berpandukan kenyataan. Umpamanya, anda perlu tahu kekuatan diri sendiri, kelemahan diri sendiri.
Cita-cita yang ingin anda capai perlu diukur dengan kemampuan diri anda dan belajar menerima perkara yang tidak boleh diubah.
#4. Berfikiran positif
Pemikiran positif boleh dipengaruhi oleh percakapan dan perbuatan anda. Untuk menghasilkan pemikiran positif, anda perlu selalu bercakap perkara positif seperti saya boleh, saya akan lakukan, saya mampu bertindak, saya akan berjaya, saya disayangi dan lain.
Selain itu, tindakan anda juga perlu positif. Jangan terlalu kasar seperti menghempas pintu, meletak barang dengan cermat dan sebagainya.
#5. Membuat keputusan secara bijak
Orang yang tenang selalunya menang. Seeloknya keputusan yang hendak diambil perlu dilakukan dalam keadaan yang tenang.
Elakkan membuat keputusan ketika anda marah atau tergesa-gesa. Cuba selidik fakta-fakta yang berkaitan, bertanya dengan orang lain dan pertimbangkan kesan baik dan buruk.
#5. Mencari kawan yang sesuai
Secara psikologi, manusia tidak boleh hidup berseorangan. Oleh itu, anda perlu berkawan dengan orang yang sesuai untuk anda berbual dan berkongsi pandangan.
Dalam pada itu, anda perlu hormati dan bersabar dengan pandangan yang kawan-kawan anda.
Dalam pada itu, anda perlu hormati dan bersabar dengan pandangan yang kawan-kawan anda.
#6. Mendengar suara hati anda
Secara fitrahnya, suara hati anda akan menginginkan perkara-perkara yang baik dengan diri anda.
Ia memberi tahu apa yang sedang berlaku, apa yang anda inginkan dan apa yang penting untuk diri anda.
Umpamanya, suara hati anda akan memberi tahu tentang mencari kawan bila kesunyian, menangis bila bersedih, menyanyi atau tersenyum bila gembira.

#7. Belajar menangani kritikan dengan baik
Kritikan yang jujur akan memberi kesan yang baik kepada diri anda. Apabila anda dikritik, tarik nafas yang panjang, sebut perkataan 'bertenang' kepada diri anda sendiri dan bayangkan diri anda berada di tempat yang selesa.
#8. Belajar menjadi diri sendiri
Diri anda bukannya orang lain. Allah SWT menjadikan diri anda memiliki kelebihan tersendiri.
Tidak perlu berpura-pura menjadi seperti orang lain kerana orang yang kita tiru tidak semestinya memiliki kelebihan yang ada pada diri kita.
#9. Belajar menyukai diri sendiri
Anda boleh menyukai diri anda sendiri. Anda tidak perlu mengharap semua orang menyukai anda.
Anda boleh bercakap perkara yang baik tentang diri anda. Anda boleh berhenti daripada melakukan perkara yang anda tidak suka.
Buatlah suatu perkara yang baik setiap hari sebagai tanda terima kasih kepada diri anda.
#10. Belajar berkata "TIDAK"
Ada ketikanya kita perlu berkata 'TIDAK'. Ia umpama hadiah kepada diri anda sendiri.
Bila anda perlu berkata 'TIDAK'? Bila anda perlu melakukan perkara yang menyalahi undang-undang, bertentang dengan agama dan tidak jujur.
Ia memberi hak, ruang peribadi, menghormati diri anda sendiri.
#11. Merancang masa dengan baik
Buat senarai kerja yang anda perlu lakukan. Sediakan ruang masa untuk anda merancang masa dan tugas untuk anda lakukan.
#12. Terima perubahan dalam hidup
Beri diri anda masa untuk menyesuaikan diri dari satu perubahan ke perubahan yang lain.
Contohnya jangan membeli kereta, rumah, berkahwin dan bertukar kerja dalam satu masa.
#13. Bina keluarga bahagia
Bina hubungan yang erat dalam keluarga seperti kemesraan, kepercayaan, kasih sayang dan berbudi bahasa.
Luangkan masa yang berkualiti untuk keluarga anda. Berikan sokongan yang sewajarnya untuk mereka.
Jadikan rumah anda tempat yang seronok, aman dan tenang setiap kali balik dari tempat kerja.
#14. Berkongsi masalah anda
Tidak salah anda meluahkan perasaan anda kepada orang yang anda percaya kerana memendam perasaan boleh membahayakan diri anda.
Anda tidak hidup sendirian, apabila anda berkongsi masalah anda kepada orang lain, mungkin mereka pernah mengalami pengalaman yang sama.
#15. Jangan berhenti berdoa
Doa adalah senjata mukmin. Setiap doa anda, Allah SWT akan makbul dengan syarat kita mengikut aturan-aturanNya.
Setiap usaha kita untuk sentiasa sihat dan menjaga mental tidak pernah berhasil tanpa keizinan Allah SWT.
Oleh itu, jangan berhenti berdoa. Anda perlu berdoa sampai bila-bila.
Kesimpulan
Secara umumnya, anda dianggap mempunyai kesihatan mental yang positif jika anda selesa dengan diri sendiri, orang lain, persekitaran dan dapat memenuhi tuntutan kehidupan.
Jika berminat dengan produk kesihatan mental shaklee, sila hubungi Huda: 011-18685991
Seandainya anda rasa entri in ibermanfaat , sila kongsikan dengan orang lain. Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan.
Sila tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya.
FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Emel:nh_5656@yahoo.com
Subscribe to:
Posts (Atom)
Labels
Aktiviti
Autisme
Blogging
Bulan Ramadhan
Disclaimer
Formula Rezeki
Infaq
Info Kesihatan
isu semasa
Jana Pendapatan
Kata-Kata Hikmah
Kulit
Pembayaran
Pengenalan
Percutian
Promosi
Resepi
Rohani
Segmen
Seminar
Shaklee
Sitemap
Susu Ibu
Testimoni
Tip Pemasaran
Top Komentator
Tutorial
Video
Wordless Wednesday
Post Yang Dicari Bulan Ini
- Mengeluh Kerana Rezeki
- Mandi-Manda Di Kolam Kamalodge Chalet Taiping
- Ibu-Ibu Bimbang Kerana Bengkak Susu
- Panduan Penjagaan Kesihatan Ketika Banjir
- Perbandingan Antara Susu Ibu Dengan Susu Formula
- 5 Nikmat Yang Perlu Disyukuri
- Persediaan Fizikal Penyusuan Sejak Mengandung
- Persediaan Emosi Penyusuan Sejak Mengandung
- Video dan Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri
- Bagaimana Menyusukan Bayi Pertama Anda?