Wednesday, January 28, 2015
Tuesday, January 27, 2015
Cara Mudah Buat Popcorn
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.
Anda suka makan popcorn?
Kalau saya, memang suka makan popcorn. Tetapi saya hanya akan beli popcorn yang masih panas berbanding popcorn yang telah dibungkus lama sebab rasanya tidak sama.
Pada saya, popcorn yang baru masak lebih enak di makan. Jadi, kalau setiap kali mahu membeli popcorn saya sanggup menunggu di depan penjual lama-lama untuk dapatkan yang panas-panas.
Sebelum ini saya ingatkan kalau hendak buat popcorn kena gunakan periuk khas.
Namun setelah saya terpandang suatu rancangan di televesyen, barulah saya tahu rupa-rupanya dengan periuk biasa pun boleh.
Asalkan periuk itu mesti ditutup rapat.
Suatu hari, saya ke Mydin dan saya teringin membeli popcorn, tiba-tiba suami saya kata kenapa tidak cuba buat sendiri sahaja?
Baru saya terfikir, saya sudah ada periuk bertutup. Jadi saya pun cari jagung kering yang dijual secara timbang.
Setelah cari dan mencari, Alhamdulillah berjumpa akhirnya.
Sebelum ini saya ada ambil resepi dari seorang rakan di tempat kerja. Jadi saya cuba resepi itu.
Alhamdulillah percubaan pertama saya membuat popcorn dibantu suami menjadi. Kami makan dengan penuh selera sekali.
Anak saya minta berkali sehingga habis satu bekas besar.
Anda mahu mencuba cara mudah membuat popcorn? Mari saya tunjukkan di sini.

Pop corn yang bersalut gula dan butter |
Bahan-bahannya:
- Jagung kering khas untuk dibuat popcorn
- Butter
- Minyak masak
- Gula putih
Cara-caranya:
- Panaskan 1 sudu butter bersama 2 sudu minyak masak.
- Apabila telah campuran butter dan minyak telah cair, masukkan jagung bagi rata dan sama paras minyak dan butter yang telah cair tadi.
- Tutup periuk dan tunggu kira-kira 2 minit sehingga bunyi "pop".
- Apabila bunyi telah berhenti keluarkan popcorn dan asingkan.
- Teruskan langkah 1-4 sehingga jagung anda habis.
Cara Membuat Karamel
Cairkan 3 sudu butter dengan 5 sudu gula. Biarkan sehingga gula cair dan bertukar keperangan. Tutupkan api dan gaul popcorn hingga rata. Sedia untuk dimakan.
Selamat Mencuba.
Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Huda untuk:
FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Emel:nh_5656@yahoo.com
Wednesday, January 21, 2015
Mandi-Manda Di Kolam Kamalodge Chalet Taiping
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.
Ya, aktiviti yang ditunggu-tunggu oleh anak-anak adalah mandi kolam.
Seperti yang saya nyatakan dalam entri Menginap di Kamalodge Chalet Taiping, chalet ini memang sesuai sangat untuk mereka yang ada anak-anak kecil kerana ada sebuah kolam besar di sediakan untuk mandi manda.
Kolam ini di bahagikan kepada dua bahagian ke dalaman yang berbeza.
Awal-awal pagi, masih belum ada yang berani mandi lagi kerana pihak chelat membuat pembersihat kolam terlebih dahulu.
Ya, aktivi mandi-manda sudah bermula. Di sini juga ada disediakan taman permainan kecil di dalam kolam.
Ketika anak-anak seronok bermain di dalam kolam, bapa-bapa juga seronok berbual-bual di tepi kolam.
Pandangan chalet dari dalam kolam mandi
Ada sebuah cendawan yang tinggi tumbuh di dalam kolam.Ha..ha..
Sebenarnya ada banyak lagi gambar yang kami ambil sebagai kenang-kenangan di sini, tetapi saya rasa baik kiranya saya asingkan dalam entri yang lain baru tidak sakit kepala scroll sampai ke bawah.
Pada saya kolam mandi yang disediakan oleh pihak Chalet kamalodge ini memang sesuai untuk keluarga yang mempunyai anak-anak kecil.
Namun, sepanjang kami mandi di sini saya tidak nampak life guard yang membuat rondaan di sekitar kolam.
Apabila saya baca pada papan tanda berdekatan dengan kolam baru saya faham bahawa kelesamatan anak-anak adalah tanggungjawab keluarga.
Jadi, sebagai penjaga anak-anak, penting bagi kita menjaga keselamatan mereka sepanjang berada di dalam kolam atau di tepi kolam.
Kepada anda yang ingin membawa anak bercuti di sini amatlah saya sarankan.
InsyaAllah, selepas ini saya akan kongsikan pengalaman kami berjalan-jalan di Muzium Taiping sebab muzium itu tidak jauh dari chalet ini.
Selamat berjumpa lagi...
Read more ...
Ya, aktiviti yang ditunggu-tunggu oleh anak-anak adalah mandi kolam.
Seperti yang saya nyatakan dalam entri Menginap di Kamalodge Chalet Taiping, chalet ini memang sesuai sangat untuk mereka yang ada anak-anak kecil kerana ada sebuah kolam besar di sediakan untuk mandi manda.
Kolam ini di bahagikan kepada dua bahagian ke dalaman yang berbeza.
Mandi Manda Di Kamalodge Chalet Taiping
Di bawah ini saya kongsikan beberapa gambar kenangan yang sempat di ambil sepanjang aktivi Mandi-Manda Di Kolam Kamalodge Chalet Taiping.
Anak saya memang teruja ingin mandi di kolam.
Selepas check ini petang sebelumnya mereka memang tidak sabar untuk mandi kolam. Maklumlah ini merupakan kali pertama mandi kolam.
Sebelum ini kami bawa mereka berdua mandi sungai di kampung sahaja. Masa itu masih takut-takut lagi.
Saya tidak mahu berceloteh panjang, mari tengok beberapa koleksi gambar aktivi Mandi-Manda Di Kolam Kamalodge Chalet Taiping.
Ini adalah gambar tandas yang disediakan oleh pihak chalet untuk mereka yang mandi di dalam kolam. Jadi tidak perlu naik ke bilik kalau mahu bilas badan atau membuang air.
Tandas di sediakan berdekatan dengan kolam mandi |
Pandangan kolam mandi di awal pagi |
Taman permainan mini di dalam kolam |
Berdekatan dengan kolam mandi terdapat kafe |
Sungguh seronok anak-anak bermain di dalam kolam |
Wajah ceria anak-anak kami mandi kolam |
Adik Thaqif kesejukan |
Abah bersembang-sembang dengan rakan sekerja |
Berbual di tepi kolam |
Taman mini di dalam kolam |
Cendawan dalam kolam |
Seronoknya bermain dan mandi! |
Pandangan jauh chalet kamalodge |
Pada saya kolam mandi yang disediakan oleh pihak Chalet kamalodge ini memang sesuai untuk keluarga yang mempunyai anak-anak kecil.
Namun, sepanjang kami mandi di sini saya tidak nampak life guard yang membuat rondaan di sekitar kolam.
Apabila saya baca pada papan tanda berdekatan dengan kolam baru saya faham bahawa kelesamatan anak-anak adalah tanggungjawab keluarga.
Jadi, sebagai penjaga anak-anak, penting bagi kita menjaga keselamatan mereka sepanjang berada di dalam kolam atau di tepi kolam.
Kepada anda yang ingin membawa anak bercuti di sini amatlah saya sarankan.
InsyaAllah, selepas ini saya akan kongsikan pengalaman kami berjalan-jalan di Muzium Taiping sebab muzium itu tidak jauh dari chalet ini.
Selamat berjumpa lagi...
Tuesday, January 20, 2015
Top Komentator Blog Syukurnya Sihat Dot Com Bulan Disember 2014
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.
Kami mohon maaf kerana lewat menampilkan senarai Top Komentator Blog Syukurnya Sihat Dot Com Bulan Disember 2014.
Kami mohon maaf kerana lewat menampilkan senarai Top Komentator Blog Syukurnya Sihat Dot Com Bulan Disember 2014.
Tahun 2015 dimulai dengan kesibukan yang sukar dijangka. Kedua-dua anak kami baru masuk taska dan isteri saya terpaksa meninggalkan set menyusu shaklee dan sebagainya.
Keadaan pengurusan yang kurang stabil juga jadinya.
Walaubagaimanapun, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penggunjung blog syukurnya sihat dot com.
Usia blog ini baru sahaja setahun jagung, tetapi kami sangat gembira dengan sokongan daripada rakan blogger sekalian.
Keadaan pengurusan yang kurang stabil juga jadinya.
Walaubagaimanapun, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penggunjung blog syukurnya sihat dot com.
Usia blog ini baru sahaja setahun jagung, tetapi kami sangat gembira dengan sokongan daripada rakan blogger sekalian.
Top Komentator Blog Syukurnya Sihat Dot Com Bulan Disember 2014
Sebelum itu, ingin saya promosikan 3 blog teratas yang menjadi Top Komentator Blog Syukurnya Sihat Dot Com Bulan Disember 2014.
Menariknya ada penggunjung baru yang tersenarai dalam top komentator blog syukurnyasihat dot com kali ini.
Satu perubahan baik yang amat kami nantikan. Alhamdulillah.
#1. Blog Buat Wanita
Blog Buat Wanita |
#2 Aretikz
Blog Aretikz |
#3. Pondok Kecil
Blog Pondok Kecil |
Di bawah ini 10 rakan blogger yang rajin, tidak jemu dan setia di sini. Terima kasih sekali lagi. Kepada anda yang belum pernah menjengah ke sini, jemput lah datang.
- Puteri Wanita
- Aretikz
- Hafizul
- Mad Parihh
- puteri kasih
- Najib Ariyan
- Muhammad Khairuddin Lim
- Ibu Noey
- Cetusan Minda
- fadhil eda
Salam sayang daripada kami dan semoga kita semua terus berjaya.
Jika anda ingin dapatkan khimat nasihat percuma dan ingin membeli set bersalin shaklee boleh hubungi HUDA:011-18685991
Menginap di Kamalodge Chalet Taiping
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.
Alhamdulillah, hujung tahun lepas kami sekeluarga dan juga 3 orang rakan sekerja bersama dengan ahli keluarga mereka sempat bercuti di Taiping Perak.
Ketika itu musim cuti sekolah, jadi ramailah ibu bapa yang mencari tempat sesuai untuk bercuti. Setelah berbincang dan membuat survey, kami membuat keputusan memilih negeri Perak iaitu Taiping.
Tempat yang pilih untuk menginap adalah Kamalodge Chalet Taiping. Antara sebab kenapa kami pilih chalet ini adalah;
- Tempatnya menarik
- Berdekatan dengan taman tasik taiping
- Harga bilik Chalet ini berpatutan dan kami boleh dapat potongan harga penjawat awam
- Berdekatan dengan Zoo Taiping
- Tidak jauh dengan bandar Taiping
- Berdekatan juga dengan Bukit Larut
- Tidak juah juga dengan Muzium Taiping
Percutian di Taiping kali ini saya rakamkan dalam beberapa entri. Kalau satu entri sahaja memang penat juga mahu scroll ke bawah.
Jadi, saya asingkan supaya mudah untuk kami dan anda baca. Jom, teruskan membaca.
InsyaAllah, antara tajuk entri yang saya cadang untuk di tulis adalah seperti berikut:
- Menginap di Kamalodge Chalet Taiping
- Mandi-Manda di Kolam Kamalodge Chalet Taiping
- Makan Malam Di Restoran Belakang Balai Bomba
- Melawat Muzium Taiping
Baik, kita sambung dengan cerita kami menginap di Kamalodge Chalet Taiping. Kalau anda mahu tahu harga bilik di chalet ini boleh baca di bawah.
Menginap di Kamalodge Chalet Taiping
Oleh kerana masa ini adalah cuti sekolah, bilik yang kosong hanya ada 4 sahaja, jadi rakan-rakan lain yang ingin terut serta terpaksa membatalkan niat mereka.
Jadi, kami yang tempah bilik dahulu datang untuk buat survey keadaan di sini. Kalau menarik bolehlah rakan-rakan yang belum sampai datang selepas ini.
Walaupun kami tempah bilik menggunakan satu nama tetapi kami tidak datang sekali kerana masing-masing berada di tempat yang berlainan.
Saya dan famili datang dari Pulau Pinang, bertolak selepas zohor dan lebih kurang pukul 3 lebih kami sampai.
Masa kami datang di sini hujan turun tanpa henti tapi tidak lebat
Harga Bilik Di Kamalodge Chalet
- Deluxe - RM160 (normal) / RM200 (peak)
- Deluxe (Pool View) - RM180 (normal) / RM220 (peak)
- Deluxe Premier - RM180 (normal) / RM220 (peak)
- Deluxe Super - RM200 (normal) / RM240 (peak)
- Suite - RM300 (normal) / RM340 (peak)
- Suite (Pool View) - RM320 (normal) / RM360 (peak)
- *semua harga dah termasuk service charge & tax
- * harga bilik tak termasuk breakfast
Fasiliti Yang Disediakan
- - coffee house
- - conference hall
- - swimming pool (sesuai utk kanak-kanak)
- - car parking
- - 24hrs security
- - surau
- - laundry service
- - internet service
Hubungi
Sebarang pertanyaan / tempahan bilik
Boleh terus hubungi : 05-8061 777 / 05-8062 777
Koleksi gambar
Papan tanda sebelum masuk ke |
Plan Ke Kamalodge Chalet |
Pintu masuk ke Chalet |
Pandangan luar chalet setingkat |
Muhammad merasmikan tilam |
Kelengkapan mandi di sediakan |
Pandangan luar chalet 2 tingkat. |
Penjaga kaunter yang tersenyum |
Pandangan luar bagunan utama Chalet |
Bangunan utama chalet |
Pamplate Kamalodge Chalet Taiping. |
Menginap di Kamalodge Chalet ini cukup memuaskan hati kami. Jalannya tidak sesak dan udara di sini memang mendamaikan.
Daripada chalet ini, kita boleh pergi ke Bukit Larut yang tidak jauh, menaiki kuda, pergi Zoo Taiping dan taman tasik.
Saya tidak boleh bercerita tentang makanan sebab kami tidak makan di cafe chalet ini. Pada malamnya kami makan di kedai makan belakang Balai Bomba yang terkenal dengan Young Taufu.
Saya bagi lima bintang pada Chalet Kamalodge
Saturday, January 17, 2015
Segmen Pencarian Bloglist Feb & Mac 2015
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.
Jom ikut kami join Segmen Pencarian Bloglist Feb & Mac 2015
Read more ...
Jom ikut kami join Segmen Pencarian Bloglist Feb & Mac 2015
Segmen Pencarian Bloglist Feb & Mac 2015
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
Segmen ringkas untuk mencari 15 blog untuk disenaraikan dalam bloglist Truly Love.
Syarat Penyertaan:
1. Follow blog Maria Firdz
2. Follow +Maria Firdz
3. Buat entry bertajuk "Segmen Pencarian Bloglist Feb - Mac 2015"
4. Copy coding di bawah dan pastekan di ruang HTML new post.
5. Publishkan entry dan tinggalkan URL penyertaan di ruangan komen entry ini sahaja.
Segmen bermula 15 Januari 2015 hingga 30 Januari 2015.
Kesemua pemenang akan dipilih melalui random.org.
Jom sama-sama memeriahkan segmen ringkas ini..
Terima kasih atas sokongan semua...
Happy blogging (^_^)
Pengalaman Pertama Menghantar Anak Ke Taska
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.
Tahun baru 2015 diwarnai dengan banyak azam baru terutamanya untuk blog ini.
Namun, kami terpaksa berhenti dahulu kerana kami terpaksa tumpukan kepada anak-anak kami yang baru perpindah tempat.
Insya Allah kami akan mengemaskini blog ini dari semasa ke semasa. Terima kasih kepada pengunjung setia di blog ini.
Sedih mengenangkan anak saya menangis setiap kali kami meninggalkan mereka di tempat baru iaitu taska.
Mungkin ini pengalaman pertama buat diri saya sebagai seorang ibu yang baru menghantar anak ke tempat asuhan atau sekolah tadika.
Harap-harap selepas ini Allah SWT memberikan kekuatan jiwa kepada saya dan suami.
Pengalaman Pertama Menghantar Anak Ke Taska
Sejak kecil saya menghantar mereka berdua kepada pengasuh yang sangat menyayangi mereka seperti anak sendiri yang mereka panggil Opah.
Namun, setelah adik berusia 3 tahun dan abang 4 tahun, kami merasakan sudah sampai masanya untuk mereka mula berkawan dan meneroka dunia baru.
Setelah berbincang akhirnya saya dan suami memutuskan untuk menghantar abang ke PASTI yang paling dekat dengan tempat kerja pada sesi pagi dan petang bersama adik di taska.
Kiranya adik dan abang terpaksa berjauhan dalam tempoh separuh hari.
Sebelum ini mereka berdua jarang berpisah terlalu lama dan tidak selalu bergaul dengan kanak-kanak sebaya lain yang ramai.
Meraka hanya bergaul dengan saudara terdekat seperti tok abah, mak tok, tok wan, tok, bapa saudara, ibu saudara dan sepupu sahaja.
Jadi, hati saya terasa berat untuk memisahkan kedua-duanya kerana selama 3 tahun lebih mereka sentiasa bersama. Jarang sekali berjauhan dalam tempoh yang lama.
Cabaran Menghantar Anak
Rasa cukup tercabar.
Hari pertama saya menghantar mereka ke taska kedua-duanya tidak mahu dan mereka meraung dengan kuat.
Saya dan suami tidak sanggup melihat mereka menangis. Lalu, kami tunggu di taska itu walaupun hari itu bekerja.
Kami menunggu sehingga mereka leka bermain dengan cikgu-cikgu yang ada di situ dan kami bergegas keluar. Mujurlah cikgu di situ pandai memujuk. Alhamdulillah.
Hari kedua, bangun sahaja dari tidur anak saya sudah cakap yang dia tidak mahu pergi ke sekolah.
Semakin sayu hati saya apabila melihat adik yang berulang kali menolak dan merungut tidak mahu ke sekolah sebaik sahaja nampak pintu pagar sekolah.
Semangat Ibu Dan Abah |
Anak saya yang sulung memang sudah perasan laluan untuk ke sekolah. Apabila nampak sahaja suami memandu ke arah jalan ke sekolah terus dia berkata "ini jalan ke sekolah".
Hari berikutnya, pun sama. Puas saya dan suami memujuk supaya mereka mahu ke sekolah taska.
Seminggu berlalu, rasa sedih masih belum hilang apabila melihat wajah mulus mereka pada waktu pagi.
Hati terasa sangat hiba tapi apakan daya, tujuan ibu bukan mahu tinggalkan adik dan abang, tetapi ibu mahu adik dan abang belajar.
Maafkan ibu dan abah sayang... Ibu dan abah sentiasa menyayangi abang dan adik . Ibu dan abah menghantar adik dan abang supaya dapat belajar.
Saya berdoa agar Allah SWT beri kekuatan jiwa kepada diri saya untuk bersabar dan semoga Allah SWT memelihara anak saya.
Diberikan kasih sayang kepada guru-guru yang mengajar mereka dan diharapkan juga mereka dapat belajar dengan baik.
Kini baru saya faham kenapa ada ibu yang sanggup berhenti kerja demi anak-anak. Pada saya, ibu-ibu yang sanggup berhenti kerja demi menjaga anak memang patut diberi pengiktirafan.
Hari berikutnya, pun sama. Puas saya dan suami memujuk supaya mereka mahu ke sekolah taska.
Seminggu berlalu, rasa sedih masih belum hilang apabila melihat wajah mulus mereka pada waktu pagi.
Hati terasa sangat hiba tapi apakan daya, tujuan ibu bukan mahu tinggalkan adik dan abang, tetapi ibu mahu adik dan abang belajar.
Maafkan Ibu Dan Abah Sayang
Saya berdoa agar Allah SWT beri kekuatan jiwa kepada diri saya untuk bersabar dan semoga Allah SWT memelihara anak saya.
Diberikan kasih sayang kepada guru-guru yang mengajar mereka dan diharapkan juga mereka dapat belajar dengan baik.
Kini baru saya faham kenapa ada ibu yang sanggup berhenti kerja demi anak-anak. Pada saya, ibu-ibu yang sanggup berhenti kerja demi menjaga anak memang patut diberi pengiktirafan.
Ibu dan abah juga berdoa agar keputusan yang ibu dan abah ambil ini adalah yang terbaik buat anak-anak syurga ini.
Semoga mereka mudah menerima perubahan hidup ini. Abang dan adik adalah anak yang soleh dan hebat!
Semoga mereka mudah menerima perubahan hidup ini. Abang dan adik adalah anak yang soleh dan hebat!
Labels:
Aktiviti
Friday, January 16, 2015
Saya Terpaksa Tinggalkan Set Menyusu Shaklee
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.
Kepada ibu-ibu mengandung seperti saya, set ini memang penting untuk diamalkan oleh ibu-ibu. Ingin tahu sebab apa, jom baca selanjutnya.
Dr. Zuhaidi didalam blognya menerangkan betapa pentingnya suplemen buat ibu mengandung kerana:
Dapatkan Tip Menjemput Rezeki Berkesan --->>>-- > http://goo.gl/Svgu6P
Read more ...
Setelah usia anak kedua saya mencecah 2 tahun lebih, Allah SWT kurniakan satu lagi nikmat besar dalam keluarga kami.
Agaknya, anda boleh teka apa maksud saya?
Sebelum saya maklumkan apakah nikmat besar itu, saya ingin memberitahu bahawa saya terpaksa tinggalkan set menyusu shaklee.
Saya Terpaksa Tinggalkan Set Menyusu Shaklee
Alhamdulillah hampir 2 tahun saya mengambil set ini, dan bermula dengan set ini saya mula jatuh cinta dengan supplemen Shaklee yang lain.
Banyak manfaat yang saya dapat, dengan izin Allah set ini membantu saya menyusukan anak kedua saya sehingga 2 tahun.
Banyak manfaat yang saya dapat, dengan izin Allah set ini membantu saya menyusukan anak kedua saya sehingga 2 tahun.
Saya katakan yang saya terpaksa tinggalkan set menyusu shaklee bukan bermakna saya tidak mengambil supplemen terus.
Ya, saya kini meneruskan dengan set baru iaitu set ibu mengandung kerana Allah SWT telah mengizinkan saya mengandungkan anak kami yang ketiga. Alhamdulillah.
Tolong doakan saya. Saya harap usaha ini dapat membantu saya dalam meningkatkan kesihatan diri.

Untuk pengetahuan anda, ini merupakan kali pertama saya mencuba sepenuhnya set ibu mengandung. shaklee.
Sebelum ini saya menggunakan set shaklee untuk ibu menyusu, kesihatan keluarga, demam, set kecantikan, set cucuan dan lain-lain lagi.
InsyaAllah saya akan menceritakan perbezaan yang saya alami dari masa ke semasa. Sekali lagi saya doakan semoga Allah mempermudahkan urusan saya dan keluarga.

Good bye |
Kepada ibu-ibu mengandung seperti saya, set ini memang penting untuk diamalkan oleh ibu-ibu. Ingin tahu sebab apa, jom baca selanjutnya.
Pentingnya Suplemen Buat Ibu Mengandung
- Dapat mengurangkan risiko kecacatan ketika hamil.
- Membantu mengurangkan risiko kelahiran pramatang dan kekurangan berat ketika dilahirkan.
- Membantu memberi kekuatan dan kesihatan yang baik kepada ibu.
- Mengurangkan risiko kekurangan nutrisi buat ibu yang mengalami alahan.
Suplemen Yang Disyorkan
Suplemen yang disyorkan oleh Dr. Zuhaidi buat ibu mengandung adalah:
- Iron (zat besi).
- Kalsium.
- Folic Asid.
- Omega-3
Namun begitu ibu mengandung juga digalakkan mengambil protein, kabohidrat, lemak dan air.
Set ibu mengandung shaklee |
Kesimpulan
Saya akan kongsikan suplemen ibu mengandung dalam post yang seterusnya. Semoga bermanfaat buat semua. Kaum bapa, inilah masanya untuk menghadiahkan set mengandung buat isteri anda. InsyaAllah secara tidak langsung dapat memberi semangat buat isteri tercinta :)
Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Huda untuk:
FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Emel:nh_5656@yahoo.com
Dapatkan Tip Menjemput Rezeki Berkesan --->>>-- > http://goo.gl/Svgu6P
Labels:
Info Kesihatan,
Shaklee
Thursday, January 8, 2015
Kenapa Pihak Shaklee Care Tidak Ketinggalan Sumbangkan Penapis Air dan Vitamin?
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.
Read more ...
Banjir yang melanda kini sukar diduga oleh seluruh rakyat Malaysia. Walaupun, sudah ada tempat-tempat yang sudah surut banjirnya, namun ada banyak lagi tempat yang belum surut.
Banjir yang sudah surut belum meredakan hati-hati mangsa banjir kerana kebanyakkan yang menjadi mangsa banjir mengalami trauma kerana kehilangan tempat tinggal, kenderaan dan harta benda yang lain.
Oleh itu, bagi mengurangkan bebab mangsa-mangsa banjir, marilah kita sama-sama membantu mereka sedaya mampu kita.
Alhamdulillah masih ramai yang diberi kesedaran untuk mebantu saudara kita yang sedang menghadapi musibah banjir.
Pihak Shaklee juga tidak ketinggalan dalam memberikan sumbangan. Antara sumbangan yang diberikan ialah Mealshakes.

Selain pertolongan berbentuk kewangan dan barangan, para SID (Shaklee Independent Distributor) juga berusaha mengumpul penapis air, Chewable Vitamin C dan Sustained Release Vitamin C.
Dalam entri ini saya ingin kongsikan dengan anda jawapan Kenapa Pihak Shaklee Care Tidak Ketinggalan Sumbangkan Penapis Air dan Vitamin?
Dalam entri ini saya ingin kongsikan dengan anda jawapan Kenapa Pihak Shaklee Care Tidak Ketinggalan Sumbangkan Penapis Air dan Vitamin?
Kenapa Pihak Shaklee Care Tidak Ketinggalan Sumbangkan Penapis Air dan Vitamin?
Mealshake yang disampaikan oleh shaklee cares |
Mealshakes
Mealshakes |
Mealshakes sangat sesuai diambil boleh semua golongan tidak kira kanak-kanak ataupun orang dewasa. Antara manfaat produk ini ialah:
- Menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu.
- Membekalkan nutrisi kepada sel tubuh - kaya dengan protein dalam membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ dan lain-lain lagi.
- Membantu tumbesaran.
- Mengandungi anti-oksida yang bertindak melawan jangkitan.
- Detoksifikasi - kaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus.
- Minuman yang lazat dan boleh menjadi pengganti segera terhadap kekurangan vitamin, mineral dan juga tenaga.
- Tidak mengandungi sebarang pewarna dan gula tiruan.
Penapis Air
Penapis Air Shaklee |
Bagi mangsa banjir yang susah untuk mendapatkan air bersih, penapis ini memang sangat sesuai digunakan. Ini kerana penapis ini tidak memerlukan pemasangan elektrik dan mudah dibawa kemana-mana.
Anda tidak perlu install atau pasang penapis air pada paip air di rumah kerana penapis air ini diletakkan di dalam jug yang boleh di bawa ke mana-mana. Ini secara tidak langsung membantu mangsa banjir menikmati air yang bersih sepanjang masa dengan mudah.
Chewable Vitamin C
Chewable Vitamin C |
Kanak-kanak antara golongan yang terdedah kepada penyakit. Antara manfaat pengambilan Vitamin C kepada kanak-kanak ialah:
- Melindungi sel tubuh daripada kesan-kesan pencemaran.
- Melindungi daripada jangkitan dan selesema, serta meningkatkan imuniti.
- Melindungi daripada pembekuan darah, lebam, menggalakkan penyembuhan luka, dan pengeluaran hormon antistress.
- Penting untuk penyuburan sel darah putih dan juga bertindak sebagai antihistamin semulajadi yang amat berguna untuk mengurangkan hidung bengkak semasa selesema, dan mengurangkan gejala-gejala lain alergi.
- Membunuh bakteria patogenik, yang bertindak sebagai antibiotik yang tidak berbahaya.
- Melindungi sel-sel otak dan saraf tunjang, yang sering dirosakkan oleh radikal bebas.
Sustained Release Vitamin C
Sustained Release Vitamin C |
Mangsa banjir juga terdedah kepada risiko penyakit berjangkit dan sebagainya. Dengan pengambilan Vitamin C secara tidak langsung dapat meningkatkan sistem imun seseorang individu.
Vitamin C dapat membantu membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman serta mengukuhkan sistem imun.
Vitamin C dapat membantu membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman serta mengukuhkan sistem imun.
Vitamin C juga dapat membantu mempercepatkan penyembuhan luka. Selain itu, ianya juga membantu memperbaiki insomnia, stress dan keresahan.
Kesimpulan
Semoga bantuan yang dihulurkan oleh insan-insan berhati mulia ini dapat meringankan beban mangsa-mangsa banjir. Semoga Allah sentiasa memelihara dan melindungi kita semua.
Labels:
Info Kesihatan,
Shaklee
Subscribe to:
Posts (Atom)
Labels
Aktiviti
Autisme
Blogging
Bulan Ramadhan
Disclaimer
Formula Rezeki
Infaq
Info Kesihatan
isu semasa
Jana Pendapatan
Kata-Kata Hikmah
Kulit
Pembayaran
Pengenalan
Percutian
Promosi
Resepi
Rohani
Segmen
Seminar
Shaklee
Sitemap
Susu Ibu
Testimoni
Tip Pemasaran
Top Komentator
Tutorial
Video
Wordless Wednesday
Post Yang Dicari Bulan Ini
- Mengeluh Kerana Rezeki
- Mandi-Manda Di Kolam Kamalodge Chalet Taiping
- Ibu-Ibu Bimbang Kerana Bengkak Susu
- Panduan Penjagaan Kesihatan Ketika Banjir
- Perbandingan Antara Susu Ibu Dengan Susu Formula
- 5 Nikmat Yang Perlu Disyukuri
- Persediaan Fizikal Penyusuan Sejak Mengandung
- Persediaan Emosi Penyusuan Sejak Mengandung
- Video dan Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri
- Bagaimana Menyusukan Bayi Pertama Anda?