Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.
Sedang asyik menyemak mesej dari rakan-rakan melalui whats'app, tetiba saya dapat satu kisah yang cukup memotivasikan diri. Saya rasa lebih baik kisah ini dikongikan dengan anda juga.
Kisah ini adalah tentang seorang lelaki yang memiliki bangunan komesil di tengah bandar yang bernilai RM 30 Juta. Pendapatan pasifnya melalui kutipan sewa dalam RM 70 Ribu sebulan. Beliau gunakan 20 Ribu untuk belanja dan RM 50 Ribu untuk sedekah dan infaq.
Rahsia kejayaan dengan Al-Quran |
Menurut pencerita kisah yang dikenali sebagai Dato Roslan Abd Hamid, beliau selalu berjumpa lelaki ini beriktikaf di Masjid selepas Asar dan membaca Al-Quran. Usianya sudah 70 tahun, rumahnya berdekatan dengan masjid. Wajahnya tenang melayan anak cucu.
Dato Roslan Abd Hamid cuba mengambil gambar beliau tetapi lelaki itu enggan kerana malu. Kemudian Dato Roslan bertanya apakah formula sehingga beliau berjaya sampai begitu rupa. Lelaki itu memberi 10 tip kejayaan.
10 Rahsia Kejayaan
#1. Muliakan ibu bapa.
Doa ibu bapa adalah segala-galanya. Ia tidak berhijab, malah Allah SWT terus makbulkan. Raikan ibu bapa dan jaga mereka sepanjang hayat. Doakan mereka walaupun telah tiada.
#2. Jaga masa.
Masa akan datang dan berakhir. Urus masa antara 5 waktu solat. Aturkan kerja dengan sebaik cara. Pada setiap waktu, ada perkara yang kita mulakan. Sentiasa berada di masjid sebelum azan. Masuk waktu solat terus solat. Selepas solat, bertebaran berusaha mencari rezeki.
#3. Berdoa dengan khusyuk
Berserahlah kepada Allah SWT dan bertawakkal kepada Nya kerana Allah SWT maha tahu apa yang terbaik untuk kita.
#4. Berusaha bersungguh-sungguh
Berusaha pagi, petang, siang dan malam. Berusaha bersungguh-sungguh. Jangan lupa mulakan usaha dengan niat. Kemudian buat sampai dapat. Jika tidak dapat, cuba buat yang lain pula.
Cari masa untuk baca Al-Quran. Beliau menambah lagi, orang yang membaca surah Al-Ikhlas satu kali sama ganjarannya dengan mendapat ganjaran membaca 1/3 Al-Quran. Kalau boleh baca surah Al-Ikhlas 3 kali, maka ganjarannya adalah seperti membaca satu naskhah Al-Quran.
Beliau sendiri berkata, mulutnya tidak berhenti membaca surah Al-Ikhlas. Bahkan, kadang-kadang sampai 1000 kali sehari.
#5. Jaga kesihatan
Banyakkan berjalan kaki, minum air masak atau air mineral dan jaga pemakanan.
#6. Hidup perlu ada target dan kena ada wawasan
Ikat perut dan usah membazir. Makanan dan minuman mesti dihabiskan. Usah berlagak seperti orang kaya. Padahal kita teman pada syaitan.
Sentiasa belanja orang makan dan minum. Apabila makan di kedai yang kecil, perhatikan kebersihan kedai. Kalau bersih baru masuk. Di situ kita akan temui ramai orang yang susah. Belanja mereka makan dan minum.
Jangan klik --->http://goo.gl/Svgu6P
#7. Jangan berjalan waktu Maghrib
Kalau berada di jalan, berhenti dan cari masjid. Kalau berada di rumah, tutup pintu rapat-rapat. Buang sampah sarap. Basuh pinggan mangkuk. Pastikan semua teratur sebelum tidur.
Gunakan waktu antara maghrib dan isyak untuk menuntut ilmu agama. Boleh dengar orang mengajar atau boleh juga baca kitab.
Selepas isyak, buat kira-kira untung dan rugi. Siapkan bahan untuk kerja esok hari.
#8. Usah takut jumpa orang
Walaupun 5 minit mahu berjumpa, pergilah sendiri. Usah pakai posmen apabila ada soal penting. Biar kita merangkak panjat bangunan. Biar kita ambil masa berhari-hari perjalanan. Yang penting sampaikan dengan tangan sendiri.
#9. Balik malam jangan cakap penat atau letih
Usah cakap sakit. Senyum apabila sakit. Allah SWT sedang luruhkan dosa kita. Lepas sakit kita akan lagi bertenaga.
Adakah manusia dalam dunia ini yang tidak pernah sakit, jatuh dan dihina? Semua orang pernah, termasuk Rasulullah SAW. Namun, baginda ajar kita supaya memaafkan semua orang.
#10. Niatkan mahu kaya
Niatkan mahu bantu ramai orang. Niatkan mahu jadi manusia berguna.
Niat ini ibarat tulis surat. Kalau salah tulis alamat, akan sampai ke tempat yang salah. Maka tulislah alamat betul-betul.
Subhanallah, kerja buatnya cukup hebat. Rohani dan jasmaninya begitu mantap. Memang layak setiap kurniaan Allah SWT terhadapnya.
Kisah di atas memang patut kita jadikan jontoh. Setiap rezeki adalah milik Allah SWT. DIA berhak memberi kepada hambanya.
Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Huda untuk:
FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Emel:nh_5656@yahoo.com