HUBUNGI HUDA SEKARANG UNTUK MEMBELI PRODUK SHAKLEE:011-18685991

Friday, November 28, 2014

Pemenang Segmen Blog Review Syukurnya Sihat Dot Com

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Alhamdulillah, kami di www.syukurnyasihat.com ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peserta Segmen Blog Review By Syukurnya Sihat Dot Com.

Segmen ini merupakan percubaan pertama yang kami anjurkan. Namun, penyertaan daripada semua blogger membuatkan kami rasa terharu dan teruja. Terima kasih sekali lagi.

Senarai penuh penyertaan boleh anda lihat di sini. 

Pemenang Segmen Blog Review Syukurnya Sihat Dot Com


Setelah dibuat undian, 5 pemenang telah dipilih untuk di review. Insya-Allah, kami akan review dalam minggu hadapan ke semua pemenang tersebut.



segmen blog review, pemenang
Tahniah kepada pemenang
Seperti yang telah kami maklumkan, kaedah pemilihan pemenang untuk segmen ini dibuat menggunakan random.org. 


segmen blog review
5 pemenang yang dipilih dengan kaedah random

5 Pemenang Yang Telah Dipilih


  1. http://www.ayuinsyirah.my/2014/11/segment-blog-review-by-syukurnya-sihat.html
  2. http://www.diarijejakahangat.com/2014/11/segment-blog-review-by-syukurnya-sihat.html
  3. http://khatyaiman.blogspot.com/2014/11/segmen-blog-review-by-syukurnya-sihat.html
  4. http://www.mialiana.com/2014/11/segment-blog-review-by-syukurnya-sihat.html
  5. http://www.blogparihh.com/2014/11/segmen-blog-review-by-syukurnya-sihat.html

Sekali lagi, kami ingin mengucapkan tahniah kepada semua pemenang dan kepada semua peserta akan dimasukkan dalam senarai bloglist blog ini.

InsyaAllah di masa-masa akan datang, kami akan menganjurkan segmen-segmen yang lain pula. Blogger-blogger yang menyertai segmen ini memang sporting dan baik hati.

Jadi, kepada anda yang belum menyinggah ke blog mereka, jemput-jemputlah datang ke sana. Jangan malu, jangan segan.

Didoakan kita dapat berjumpa lagi. Datanglah ke blog www.syukurnyasihat.com ini selalu  ya.

Read more ...

Thursday, November 27, 2014

Panduan Mengelak Gigitan Bayi Ketika Menyusu

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Pernahkah ibu-ibu merasai gigitan bayi pada puting susu ketika menyusu? Saya percaya, majoriti ibu menyusu memang terpaksa mengalami situasi ini.

Ini adalah salah satu cabaran yang terpaksa diterima oleh seorang ibu yang menyusukan anak. Sebab itu, Allah SWT muliakan ibu-ibu.

Saya sendiri sudah berapa kali sampai tidak ingat kalau mahu dibilang mengalami situasi ini. Memang sakit dan sampai menangis dibuatnya.

Bagi mengurangkan masalah ini anda boleh cuba panduan Mengelak Gigitan Bayi Ketika Menyusu  yang akan saya kongsikan dalam entri ini.  Artikel ini saya dapati dari majalah PaMa. Semoga memberi manfaat kepada ibu semua.

Panduan Mengelak Gigitan Bayi Ketika Menyusu

 Antara cabaran dalam menyusukan anak adalah bayi suka menggigit ketika menyusu. Situasi ini pernah saya hadapi dan memang kita sebagai ibu merasa agak tidak selesa. Disini saya kongsikan panduan mengelak gigitan bayi ketika menyusu.
Panduan mengelak gigitan bayi

  • Ketahui punca

Pertamanya kita sebagai ibu perlu mengenalpasti  punca sebenar yang menyebabkan bayi menggigit. Bayi kita mungkin kecewa  akibat tidak berjaya memperolehi susu seperti yang diingininya. Jika itu menjadi penyebab, ibu harus merangsang aliran susu sebelum menyusukan bayi. 

Antaranya, anda boleh tekapkan payu dara menggunakan tuala kecil yang telah direndam dengan air suam terlebih dahulu selama beberapa minit bagi melancarkan pengaliran susu Selain itu, boleh juga lakukan urutan khas payudara. 

  • Beralih payudara
Alternatif lain adalah dengan mengalihkan bayi daripada payudara yang sedang digigit kepada payudara sebelah lagi. Lakukan secara perlahan-lahan untuk mengelakkan kecederaan kepada puting. Sambil itu, anda boleh berkomunikasi dengan bayi anda. Antaranya ialah, " Adik jangan gigit ibu tau, sakit ibu". Ini adalah supaya bayi anda akan memahami ketidakselesaan ibunya.

  • Menekap muka bayi

Apabila setiap kali bayi mula mahu menggigit, rapatkan mukanya ke arah payudara. Ini secara tidak langsung akan membuatkan si  manja mengalami sesak nafas. Ini akan menyebabkan bayi melepaskan gigitan untuk bernafas semula. 

  • Selesakan posisi 

Kedudukan selesa semasa penyusuan adalah sangat penting bagi ibu dan anak. Ini kerana posisi yang tidak selesa akan mengganggu proses penyusuan yang sedang berlangsung. 

  • Leraikan dengan jari

Apabila anda merasakan bayi akan menggigit, segera masukkan jari kelingking di bahagian tepi mulut bagi meleraikan dia daripada payudara. Namun, jangan sesekali meleraikan sesi penyusuan secara tiba-tiba tanpa memasukkan jari anda dahulu. Hal ini, boleh menyebabkan puting anda cedera dan lebih menyakitkan. 


 Kedudukan selesa semasa penyusuan adalah sangat penting bagi ibu dan anak. Ini kerana posisi yang tidak selesa akan mengganggu proses penyusuan yang sedang berlangsung.
Posisi penyusuan yang betul



Anda juga boleh memberikan alat-alat lain untuk bayi menggigit. Contohnya adalah seperti teether . Alat seperti ini dapat memenuhi keinginan bayi menggigit, tambahan pula jika dia sedang mengalami gatal gusi.
Contoh teethet

  • Gigit sesuatu
Anda juga boleh memberikan alat-alat lain untuk bayi menggigit. Contohnya adalah seperti teether . Alat seperti ini dapat memenuhi keinginan bayi menggigit, tambahan pula jika dia sedang mengalami gatal gusi. 

Set ini membantu ibu-ibu sebagai milk booster, penambah tenaga dan mengandungi suplemen lengkap seharian
Set penyusuan Shaklee

  • Jangan menjerit

Cuba hindari daripada menjerit kepada bayi ketika dia menggigit. Malahan jangan sesekali memukul atau menampar pipinya. Keadaan ini akan membuatkan bayi terkejut dan takut untuk meneruskan penyusuan. Lebih teruk lagi, ia akan menjadi penyebab bayi enggan lagi menyusu pada sesi penyusuan seterusnya.

Kesimpulan


Sebagai seorang ibu, saya amat memahami kesakitan akibat digigit bayi. Kesakitan yang kita alami mudah-mudahan dapat menjadi kifarah dosa yang kita lakukan secara sedar atau tidak sedar. Dan juga kita mohon kepada Allah agar cabaran dalam menyusu ini dapat kita tanggung sehingga berjaya.

Diharapkan panduan di atas dapat membantu ibu-ibu menangani situasi ini. Banyakkan bersabar dan teruskan penyusuan anda. Selamat mencuba :) 

Maklumat tentang susu ibu boleh di dapati di sini juga: http://www.babycenter.com/

Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka dengan hanya duduk di rumah? 
 Hubungi Huda untuk: 

FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Kenapa Tidak Boleh Makan Shaklee Ketika Berpuasa?
Independent Distributor

HUDA [SID:1093239]
HP:011-18685991 (call/sms/whatsapp)
Emel:nh_5656@yahoo.com



Anda digalakkan berkongsi entri di sini dengan orang lain. Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan. Sila tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya.
Read more ...

Segmen Blog Review By Syukurnya Sihat Dot Com

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

HARAP MAAF, SEGMEN SUDAH TAMAT. 
TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TELAH MENYERTAI SEGMEN INI

Senarai pemenang

Kalau sebelum ini, asyik menyertai segmen-segmen dari rakan blogger yang lain, jadi buat julung-julung kalinya syukurnyasihat.com menganjurkan sebuah segmen yang berjudul Segmen Blog Review By Syukurnya Sihat Dot Com.

Segmen Blog Review By Syukurnya Sihat Dot Com


Untuk menyertai segmen ini, anda hanya ikuti syarat-syarat yang telah disenaraikan di bawah ini.


Segmen Blog Review By Syukurnya Sihat Dot Com

Syarat-syaratnya:
  1. Follow blog syukurnya sihat, Add To Circle Google+ Huda & Faizal, Follow Twitter syukurnyasihat, dan Like Fanpage syukurnya sihat
  2. Buat satu entry bertajuk Segment Blog Review by Syukurnya Sihat. Com
  3. Letak banner dan link kan ke entry ni.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen.
  5. Kami akan gunakan khidmat En. Random.org untuk memilih 5 blogger 
  6. Segmen ini akan berlangsung dari 20 November- 27 November 2014 (11.59 pm waktu Malaysia)

Ajak rakan-rakan blogger yang lain untuk menyertai Segmen Blog Review By Syukurnya Sihat Dot Com ini.

Terima kasih kepada semua yang sudah menyertai segmen ini. Senarai peserta boleh dilihat di sini:



Read more ...

Wednesday, November 26, 2014

Senarai Peserta Segmen Blog Review Syukurnya Sihat Dot Com

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera. 

Alhamdulillah, saya bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan keizinannya, ramai sudah yang menyertai Segmen Blog Review Syukurnya Sihat Dot Com.

Di sini saya sertakan senarai peserta yang telah mengikuti Segmen Blog Review Syukurnya Sihat Dot Com. Tarikh tutup segmen ini belum berakhir iaitu 27 November 2014 jam 11.59 malam, jadi anda semua dijemput untuk menyertai segmen ini.

Segmen Blog Review By Syukurnya Sihat Dot Com
Segmen Blog Review syukurnyasihat dot com



  1. http://buatwanita.blogspot.com/2014/11/segmen-blog-review-by-syukurnya-sihatcom.html
  2. http://www.blogparihh.com/2014/11/segmen-blog-review-by-syukurnya-sihat.html
  3. http://sallyadan.blogspot.com/2014/11/segmen-blog-review-by-syukurnya-sihat.html
  4. http://www.mialiana.com/2014/11/segment-blog-review-by-syukurnya-sihat.html
  5. http://cikash.blogspot.com/2014/11/segmen-blog-review-by-syukurnya-sihat.html
  6. http://azrinrahim.blogspot.com/2014/11/segment-blog-review-by-syukurnya-sihat.html
  7. http://wani-siulatbuku.blogspot.com/2014/11/segment-blog-review-by-syukurnya-sihat.html
  8. http://mama3farhanah.blogspot.com/2014/11/segmen-blog-review-by-syukurnya-sihat.html
  9. http://yangbaik.blogspot.com/2014/11/segmen-blog-review-by-syukurnya-sihat.html
  10. http://theonlygirl98.blogspot.com/2014/11/segment-blog-review-by-syukurnya.html
  11. http://www.diarijejakahangat.com/2014/11/segment-blog-review-by-syukurnya-sihat.html
  12. http://jungundberuehmt.blogspot.com/2014/11/segment-blog-review-by-syukurnya-sihat.html
  13. http://ayienawi.blogspot.com/2014/11/segmen-blog-review-by-syukurnya-sihat.html
  14. http://khatyaiman.blogspot.com/2014/11/segmen-blog-review-by-syukurnya-sihat.html
  15. http://jombercontest.blogspot.com/2014/11/segment-blog-review-by-syukurnya.html
  16. http://ifyouknowwhatimean21.blogspot.com/2014/11/segment-blog-review-by-syukurnya.html
  17. http://ceriteracintabalqis.blogspot.com/2014/11/segmen-blog-review-by-syukurnya-sihatcom.html
  18. http://sweetsmelodypinky.blogspot.com/2014/11/segment-blog-review-by-syukurnya-sihat.html
  19. http://www.ayuinsyirah.my/2014/11/segment-blog-review-by-syukurnya-sihat.html
  20. http://pondokkecil.com/blog/segment-blog-review-syukurnya-sihat-com/
  21. http://amysigadisweird.blogspot.com/2014/11/segmen-blog-review-by-syukurnya-sihat.html
  22. http://ibunoey.blogspot.com/2014/11/segment-blog-review-by-syukurnya-sihat.html
  23. http://sigadisberkacamata.blogspot.com/2014/11/segmen-blog-review-by-syukurnya-sihatcom.html
  24. http://nadzpeanut.blogspot.com/2014/11/segment-blog-review-by-syukurnya-sihat.html
  25. http://www.jiakreatifelt.com/2014/11/segment-blog-review-by-syukurnya-sihat.html
  26. http://www.aimisyahirah.com/2014/11/segment-blog-review-by-syukurnya-sihat.html

Sekiranya nama anda tidak tersenaraikan dalam list ini sila maklumkan kepada admin, jangan malu jangan segan.
Read more ...

Wordless Wednesday | Senyum Itu Sedekah

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.


Senyum itu sedekah Wordless Wednesday | Senyum Itu Sedekah

Read more ...

Friday, November 21, 2014

Segmen Blogwalking by DJH

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Ya, satu lagi segmen yang berjaya saya join adalah segmen. Jika anda mahu menyertai sama boleh klik--->> Segmen Blogwalking by DJH 

Segmen Blogwalking by DJH


Read more ...

Bloglist Aynorablogs.Com Tahun 2015

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera. 

Banyak segmen yang menarik sebelum berakhirnya tahun 2014 ini. Satu lagi segmen yang saya sertai adalah segmen Bloglist Aynorablogs.Com Tahun 2015.

Jika anda mahu menyertai segmen ini sila klik --->> http://www.aynorablogs.com/2014/11/bloglist-aynorablogscom-tahun-2015.html

Bloglist Aynorablogs.Com Tahun 2015


Bloglist Aynorablogs.Com Tahun 2015, shaklee
Bloglist Tahun 2015 Aynorablogs.com

Penulis blog ini adalah Faizal dan Huda. Sila klik di sini kalau ingin tahu dengan lebih lanjut lagi. Blog ini berkisar tentang tip-tip kesihatan dan kehidupan.
Read more ...

1st Segmen Blogwalking By Cik Ash

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Alhamdulillah, hari saya berkesempatan menyertai satu lagi segmen namanya 1st Segmen Blogwalking By Cik Ash. Kepada anda yang belum menyertai segmen ini boleh join dan jangan lupa untuk join Segmen Review Blog SyukurnyaSihat.Com.

1st Segmen Blogwalking By Cik Ash





Syarat-syarat penyertaan:

 ♥ Follow blog Cik  Ash ( Wajib! ) *akan di follow back, Follow jugak Blog INI
   Add To Circle Google Plus +Cik Ash ;+ INI

   Like To Facebook Page 

     Penyertaan terbuka untuk semua blogger.
      Buat entry yang bertajuk " 1st Segmen Blogwalking By Cik Ash."
     Copy banner dekat atas and back linkkan ke entry segmen ini. 
    Publish dan letakkan link entry anda di ruang komen entry segmen ini.

Tarikh Tutup Penyertaan: 30 November 2014
Read more ...

Thursday, November 20, 2014

Infaq Untuk Maahad Tahfiz Al Furqan (MATAF)



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.




Memandang kepada wajah suci bersih anak-anak dalam gambar di atas rasa sejuk di hati. Mereka ini adalah pewaris yang akan menjadi khalifah di muka bumi ini. InsyaAllah.

Mereka amat dahaga ilmu agama. Namun, kekangan yang mereka terpaksa depani adalah tempat dan kemudahan belajar.

Untuk makluman semua, mereka ini adalah pelajar Maahad Tahfiz Al-Furqan (MATAF) bertempat di Surau Taman Desa Bakti, 3600 Teluk Intan, Perak Darul Ridzuan.


Infaq Untuk Maahad Tahfiz Al Furqan (MATAF)


Maahad Tahfiz Al Furqan (MATAF) memerlukan sumbangan kita untuk mendirikan bagunan dan pengurusan pembelajaran para pelajar dan guru yang mengajar.

Pihak Jawatankuasa Maahad Tahfiz Al-Furqan [ MATAF ] merayu kaum muslimin dan muslimat yang ingin berbakti kepada pendidikan islam khususnya dapat tampil menyumbang kepada tabung pembangunan pendidikan MATAF.

Sumbangan dan niat ikhlas muslimin dan muslimat itu, Insyaallah akan di Rahmati Allah


Wakaf / Infaq boleh disalur Melalui
WANG POS / KIRIMAN WANG / CEK BERPALANG

atau Bank In :
BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
AKAUN NO : 08-031-01-004953-8

Atas nama :
MAAHAD TAHFIZ FURQAN MATAF

Dialamat pejabat maahad :
NO, 1, MASJID DAERAH SULTAN IDRIS II,
36000 TELUK INTAN,
PERAK DARUS RIDZUAN

Infaq maahad tahfiz
Wakaf Dana

Sedikit Maklumat Tentang Maahad Tahfiz Al-Furqan (MATAF) 



Maahad Tahfiz Al-Furqan (MATAF) di tubuhkan pada tahun 2010 dan satu-satunya maahad tahfiz di Bandar Teluk Intan

Dengan mottonya “Generasi Kecemerlangan Al-Quran”, MATAF dikendalikan bagi memenuhi tuntutan fardu kifayah dan bukan bertujuan memperoleh keuntungan.

MATAF diurus tadbir oleh tenaga yang berpengalaman luas dalam bidang berkaitan dan di pantau oleh anggota jamaah MATAF.

Pengambilan pelajar pertama telah diadakan pada Januari, 2010 dan bagi pengambilan  pelajar tahun 2014 pendaftaran telah dibuka.

SYARAT KEMASUKAN


Calon-calon MATAF hendaklah memiliki syarat-syarat minimum berikut:

1. Berumur 10 tahun ke atas pada tahun 2014.
2. Boleh menghafal ayat-ayat Al-Quran pada kadar yang ditetapkan.
3. Telah tamat Tahun Dua Sekolah Rendah Islam (SRI) atau sekolah bantuan penuh   Kerajaan.
4. lbu-bapa bersungguh-sungguh mahukan anak menjadi seorang hafiz dan berupaya membayar yuran atau bayaran-bayaran lain yang ditetapkan.
5. Para pelajar bersedia untuk menjadi seorang hafiz.
6. Lulus temuduga dan ujian penempatan yang ditetapkan

Disamping pengajian tahfiz sepenuh masa, MATAF turut rasa bertanggungjawab bagi memenuhi tuntutan masyarakat  dengan mengadakan  KELAS PRA TAHFIZ dan KEM DIBAWAH NAUNGAN AL-QURAN.

Gambar Pembinaan Maahad Tahfiz Al Furqan (MATAF)


Gambar di bawah ini diambil dari blog Maahad Tahfiz Al Furqan (MATAF). Saya tidak pasti status terkini pembinaan Maahad ini. Anda yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh terus  hubungi:

019-4716536 - Ustaz Hj Mohd Fauzi
012-2633808 - Ustaz Hj. Zainal Azham






Pembinaan Maahad Tahfiz
Saya teringat terjemahan daripada al-Quran yang bermaksud:

"Hai orang--orang yang beriman, sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? iaitu kamu beriman kepada Allah dan Rasulnya dan Berjihat dijalan Allah dengan harta dan jiwa kamu. Itulah yang lebih baik jika kamu mengetahui".

As-Saff : 10 - 11

Oleh itu, marilah sama-sama kita membantu mereka yang memerlukan pertolongan. Diharapkan bantuan kita yang tidak seberapa  mendapat pandangan Allah SWT.

p/s: Saya ingin maklumkan di sini bahawa saya tidak ada sebarang kepentingan daripada sumbangan anda kepada Maahad ini.

Saya hanya berkongsi dan menyampaikan kepada semua agar sama-sama kita beroleh keberkatan dengan membantu mereka. Didoakan, kita semua mendapat rahmat Allah SWT.

Read more ...

Bawa Anak Jalan-Jalan Di Pasaraya Mydin Mall Bertam

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera. 

Minggu lalu kami sekeluarga berpeluang menziarahi rakan isteri saya yang sedang berada dalam pantang. Seorang independent distributor shaklee yang tegar. Beliau tinggal di Bertam Indah, Pulau Pinang.

Usai menziarahi beliau kami pun pulang ke rumah, tetapi saya teringat Pasaraya Maidin Mall baru dibuka di Bertam, Kepala Batas Pulau Pinang.

Saya tanya isteri, " Nak pergi Mydin ke tidak?".

Isteri dengan sopan menjawab ," Ikut abang lah". 

Saya menyakat beliau, " Nak pergi la tu..." Isteri saya senyum.

Saya pun terus memandu dan membeluk ke laluan menuju ke pasaraya Mydin Mall. Anda ingin tahu lokasinya boleh rujuk pada map ini.

Abah saya pesan lama-lama sekali jalan-jalan bawa anak melihat dunia luar penting juga untuk pembelajaran tidak langsung mereka, tetapi kita perlu kawal pandangan.

Bawa Anak Jalan-Jalan Di Pasaraya Mydin Mall Bertam


Anak kami memang suka naik troli kalau pergi ke mana-mana pasaraya pun. Sampaikan si abang yang sulung akan mencari troli dahulu kalau sampai ke pasaraya.


Bawa Anak Jalan-Jalan Di Pasaraya Mydin Mall Bertam
Pandangan Luar Pasar Raya Mydin

Bawa Anak Jalan-Jalan Di Pasaraya Mydin Mall Bertam
Pintu Masuk dalam Pasa Raya Mydin

Bawa Anak Jalan-Jalan Di Pasaraya Mydin Mall Bertam
Muhammad Thaqif Thamin sedang memerhati keadaan Mydin

Bawa Anak Jalan-Jalan Di Pasaraya Mydin Mall Bertam
Ini bahagian Roti & Pastri Mydin Mall

Bawa Anak Jalan-Jalan Di Pasaraya Mydin Mall Bertam
Siap ada ikan hidup


Bawa Anak Jalan-Jalan Di Pasaraya Mydin Mall Bertam
Besarnya kentang 

Bawa Anak Jalan-Jalan Di Pasaraya Mydin Mall Bertam
Ini ketam original tapi dah mati kot

Bawa Anak Jalan-Jalan Di Pasaraya Mydin Mall Bertam
Muhammad Nasih 'Ulwan sedang memerhati rempah ratus

Bawa Anak Jalan-Jalan Di Pasaraya Mydin Mall Bertam
Anak saya yang ini memang suka tengok buah-buahan dan sayur sayuran

Bawa Anak Jalan-Jalan Di Pasaraya Mydin Mall Bertam
Ini bahagian makanan segar untuk memasak

Bawa Anak Jalan-Jalan Di Pasaraya Mydin Mall Bertam
Nampak menarik kekacang yang dipamirkan

Kami berjalan di hampir keseluruhan tempat dalam Pasar Raya Mydin ini. Bukan mahu beli barang sangat pun, just window shopping. 

Bagi saya, Pasar Raya Mydin memang bagus kerana di dalamnya terdapat banyak barang termasuk barang-barang untuk umat Islam seperti perkakasan pergi umrah, bersolat dan sebagainya.

Harganya juga berpatutan, tetapi ada juga orang cakap kalau hendak membeli di Pasar Raya Mydin ada hari-hari tertentu yang memang rendah harganya daripada hari biasa. 

Mungkin ia atau tidak saya tidak pasti. Andai betul pun, ini memang strategi marketing dalam perniagaan. Persaingan dalam perniagaan semakin hebat. Sudah tentu mereka ada strategi perniagaan tersendiri untuk memajukan perniagaan mereka.

Kepada anda yang belum sampai ke Pasaraya Mydin Bertam bolehlah singgah kalau lalu di sini. Kedudukannya tidak jauh sangat daripada Exit Tol Bertam. Keluar sahaja ambil sebelah kiri dan jalan terus ikut papan tanda yang dipaparkan di tepi jalan.

Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka dengan hanya duduk di rumah? 
 Hubungi Huda untuk: 

FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Kenapa Tidak Boleh Makan Shaklee Ketika Berpuasa?
Independent Distributor

HUDA [SID:1093239]
HP:011-18685991 (call/sms/whatsapp)
Emel:nh_5656@yahoo.com


Read more ...

Ibu-Ibu Resah Gelisah Susu Badan Tidak Cukup

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Andai ibu-ibu berrasa resah gelisah kerana susu badan tidak mencukupi untuk anak anda, ramai lagi ibu-ibu yang mengalami masalah yang sama.

Saya sendiri seperti anda suatu ketika dahulu. Saya pernah menangis kerana kekurangan susu. Sampai satu tahap saya terpaksa berulang-alik dari tempat kerja kerana mahu menyusukan anak saya setiap hari.

Rakan-rakan di tempat kerja saya juga ramai mengalami masalah yang sama.

Oleh itu, bersabarlah ibu-ibu. Usahamu tidak pernah sia-sia. Yakinlah bahawa susu untuk anak kita memang telah Allah SWT sediakan.

Saya akui ada sebilangan ibu-ibu yang dikurniakan susu yang banyak walaupun tidak mengamalkan apa-apa petua. Itu adalah ketentuan Allah SWT. 

Tetapi saya rasa sedih kerana ada juga ibu yang mempunyai susu badan tetapi tetap memberikan susu formula kepada anak kerana pelbagai alasan. 

Berbalik kepada menyusukan susu ibu, saya akui, memang banyak cabaran dalam menyusukan anak kerana saya sudah menyusukan kedua-dua orang anak saya selama 2 tahun lebih.

Alhamdulillah, setelah menghadapi beribu-ribu cabaran menyusukan anak saya berjaya menyusukan anak kedua saya secara eksklusif lebih dari 2 tahun.

Bagi ibu-ibu yang resah Gelisah Susu Badan Tidak Cukup, mari saya kongsikan pengalaman dan tip menghadapi cabaran semasa menyusukan anak.

Ya, memang tip-tip ini saya amalkan bagi menghadapi cabaran ketika menyusukan anak. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat dan panduan buat ibu-ibu yang berhadapan dengan situasi yang sama. Selamat mencuba.

Ibu-Ibu Resah Gelisah Susu Tidak Cukup

Di sini saya ingin berkongsi salah satu cabaran yang saya hadapi dan penyelesaian yang telah saya lakukan. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat dan panduan buat ibu-ibu yang berhadapan dengan situasi yang sama. Selamat mencuba :)
Bayi Comel

Susu tidak cukup memang membuatkan saya tidak senang duduk. Walaupun ada pendapat yang mengatakan apabila bayi dah mula makan makanan pejal, jumlah susu yang perlu dibekalkan kepada pengasuh akan berkurangan. Ini tidak terjadi kepada anak saya, walaupun sudah 6 bulan stok susu yang dibekalkan sama iaitu kira-kira 5 botol = 20 aun lebih. 

Pelbagai cara telah saya cuba bagi mencukupkan bekalan susu buat si kecil Thaqif. Di sini saya kongsikan apa yang telah saya lakukan.


Doa dan berfikiran positif. 


  • Doa senjata orang mukmin. Bagi saya kita sebagai ibu yang sedang berhadapan dengan cabaran hendaklah sentiasa berdoa agar Allah mencukupkan keperluan bayi kita. 
  • InsyaAllah rezeki anak kita sentiasa ada. Setiap jumlah  susu yang kita hasilkan adalah mengikut keperluan harian anak kita. 
  • Ibu-ibu juga hendaklah sentiasa berfikiran positif. Ini secara tidak langsung merangsang badan kita menghasilkan susu yang banyak. Badan yang sentiasa stress akan mempengaruhi penghasilan susu.

Doa dan berfikiran positif. Doa senjata orang mukmin. Bagi saya kita sebagai ibu yang sedang berhadapan dengan cabaran hendaklah sentiasa berdoa agar Allah mencukupkan keperluan bayi kita. InsyaAllah rezeki anak kita sentiasa ada. Setiap jumlah  susu yang kita hasilkan adalah mengikut keperluan harian anak kita. Ibu-ibu juga hendaklah sentiasa berfikiran positif. Ini secara tidak langsung merangsang badan kita menghasilkan susu yang banyak. Badan yang sentiasa stress akan mempengaruhi penghasilan susu.
Banyakkan Berdoa

Kerap menyusukan anak


  • Kita hendaklah kerap menyusukan anak kita dan kerapkan mengepam.  Ini kerana konsep penghasilan susu adalah bekalan dan permintaan. Semakin kita kerap mengosongkan payudara semakin banyak susu akan dihasilkan. 
  • Kerapkan sesi mengepam sekitar jam 12 tengah malam hingga 6 pagi. Ini kerana hormon prolaktin banyak dihasilkan ketika ini.
  • Ibu-ibu disyorkan mengepam susu pada setiap 3 jam. Jika bayi mahu menyusu ketika memerah, berhenti. Susukan dia dan kemudian sambung semula sesi mengepam susu.

Minum Air Masak Banyak

  • Pastikan ibu-ibu minum banyak air sepanjang tempoh penyusuan. Kita disarankan pengambil kira-kira 3 liter air sehari.
Pastikan ibu-ibu minum banyak air sepanjang tempoh penyusuan. Kita disarankan pengambil kira-kira 3 liter air sehari.
Minum Air Sekurang-kurangnya 3 Liter

Belai anak

  • Ketika menyusu, belailah bayi. Amalan ini dikenali sebagai grooming. Langkah ini tanpa disedari merangsang penghasilan susu. 
  • Antara lain, di antara waktu penyusuan dan sejurus sebelum sesi penyusuan bayangkan bayi sedang menyusu di payudara anda. 
  • Cara ini, akan merangsang payudara untuk mengeluarkan lebih banyak susu. Anda juga boleh melihat gambar anak anda ketika sesi mengepam.

Ketika menyusu, belailah bayi. Amalan ini dikenali sebagai grooming. Langkah ini tanpa disedari merangsang penghasilan susu. Antara lain, di antara waktu penyusuan dan sejurus sebelum sesi penyusuan bayangkan bayi sedang menyusu di payudara anda. Cara ini, akan merangsang payudara untuk mengeluarkan lebih banyak susu. Anda juga boleh melihat gambar anak anda ketika sesi megepam.
Belailah Bayi Anda

Berdisiplin ketika mengepam

  • Kita hendaklah berdisiplin ketika mengepam. Dengan mengepam secara kosisten akan membantu kita meningkatkan pengeluaran susu. Meskipun terpaksa mengorbankan waktu tidur anda, carilah waktu sekejap demi anak tercinta. 

Pilih pam yang sesuai

  • Ibu-ibu disarankan menggunakan pam yang bersesuaian, Bagi saya yang telah mencuba single pumping dan double pumping, saya menyarankan anda menggunakan double pumping. Selain menjimatkan masa, double pumping juga dapat meningkatkan jumlah susu yang dipam.
Double pumping
Pam Susu Pilihan Saya

Menyusukan anak di waktu malam

  • Amalan menyusukan bayi di waktu malam sangat bagus kerana ia merangsang peningkatan susu. Ini kerana di waktu malam, anda berdua lebih relaks lalu membolehkan bayi menyusu lebih lama dan kerap. Penyusuan malam turut merangsang hormon prolaktin yang memainkan peranannya menghasilkan lebih banyak susu.

Urutan

  • Teknik urutan payudara yang betul akan membantu susu mengalir dengan lancar. Apatah lagi sewaktu anda mengalami bengkak susu ataupun sakit puting. Untuk itu, anda perlu menuam payudara dengan tuala yang telah direndam di dalam air suam. Anda juga boleh mendapatkan perkhidmatan mengurut dari bidan yang berpengalaman.

Pengambilan Suplemen atau makanan tambahan

  • Saya juga mengamalkan pengambilan supplemen. Ini secara tidak langsung dapat membantu saya mempercepatkan penghasilan susu, membanyakkan kuantiti serta dapat membantu dalam kesihatan badan saya keseluruhannya.

B-Complex baik untuk saraf, peredaran darah dan mengatasi tekanan.  Alfalfa baik untuk milk booster, membantu mengatasi sakit sendi dan membuang toksin.  Vita-Lea merupakan multi-vitamin yang memberi tenaga. Ia juga mengandungi vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh.  Ostematrix adalah sumber kalsium yang lengkap dengan magnesium dan vitamin D. Penting untuk kesihatan tulang dan gigi.  ESP merupakan sumber protein non-GMO untuk pembinaan sel dan juga penting dalam proses penyusuan.
Set Lengkap Penyusuan Shaklee

Kesimpulan


Panduan di atas adalah diantara yang telah saya amalkan ketika sedang menyusukan anak saya. Alhamdulillah saya merasakan perubahan positif.

Ibu-ibu yang berhadapan situasi yang sama boleh mencuba panduan di atas. Sesungguhnya penyusuan susu ibu merupakan satu proses semulajadi yang sangat indah pengalamannya. Selamat meneruskan perjuangan anda.

Tahniah ibu-ibu yang amat menyokong penyusuan susu ibu. Saya memang kagum dengan semangat ibu-ibu dalam menjayakan penyusuan yang sangat dianjurkan dalam Islam ini.

Sesungguhnya ibu-ibu memang sangat hebat. Bukan senang hendak menyusukan anak secara eksklusif terutamanya bagi ibu-ibu yang bekerja.

Teruskan usaha ibu. Saya doakan ibu-ibu berjaya dan bahagia.


Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka dengan hanya duduk di rumah? 
 Hubungi Huda untuk: 

FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Kenapa Tidak Boleh Makan Shaklee Ketika Berpuasa?
Independent Distributor

HUDA [SID:1093239]
HP:011-18685991 (call/sms/whatsapp)
Emel:nh_5656@yahoo.com

Anda digalakkan berkongsi entri di sini dengan orang lain. Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan. Sila tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya.
Read more ...

Wednesday, November 19, 2014

SEGMEN 'SAYA NAK TEMPLATE BLOGLIST'

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

SEGMEN 'SAYA NAK TEMPLATE BLOGLIST'


 
http://kathyrbain.blogspot.com/2014/11/segmen-saya-nak-template-bloglist.html
 

Saya nak Template Bloglist By Kathyrbain.blogspot.com kerana rekabentuk template yang dibuat oleh Kathyrbain merupakan template yang cantik, menarik dan kemas.

SEGMEN 'SAYA NAK TEMPLATE BLOGLIST' | Setelah sekian lama tanpa sebarang segmen akhirnya kathyrbain.blogspot.com ingin mengajak rakan blogger semua agar join segmen kathy ini yang menawarkan dua hadiah berupa Template Bloglist dan satu hadiah misteri.

Syarat untuk menyertai segmen ini:-
  • terbuka kepada semua blogger.
  • letakkan banner ini dalam entri dan buat tajuk  SEGMEN 'SAYA NAK TEMPLATE BLOGLIST'.
  • wajib Follow belog Coretan Hati Kathy dan belog Kathy Rbain Diari Resipi .
  • sila lengkapkan slogan "Saya nak Template Bloglist By Kathyrbain.blogspot.com kerana ............. (tidak melebihi 20 patah perkataan) - wajib di lakukan oleh semua peserta untuk melayakkan diri dalam segmen ini.
  • hantar penyertaan sebelum atau pada 30 November 2014 di ruangan komen entri ini sahaja.
  • tarikh tutup penyertaan pada 30 November 2014 jam 11.30 tengah malam dan keputusan hanya akan di umumkan setelah 3 Disember 2014 (setelah owner segmen balik bercuti dari Tawau,Sabah).
Hadiah yang di tawarkan:-
  • 2 Template Bloglist untuk 2 pemenang dengan slogan paling kreatif.
  • hadiah misteri ole² dari Sabah untuk seorang Top Referral segmen.
SELAMAT BERSEGMEN ^_* 

Read more ...

Followers

My Blog List

Jom Like

Powered By Blogger
Faizal Faizal Mohamad Twon Tawi